Dartar kandungan
- 1. Pengenalan kepada Alam orang Mati
- 2. Untuk Siapakah Alam Orang Mati ini paling relevan?
- 3. Pelbagai sub-alam di Alam Orang Mati
- 3.1 Alam Orang Mati No 1: Badan halus dilihat berlari lintang-pukang
- 3.2 Alam Orang Mati No 2: Ketidaksabaran badan halus
- 3.3 Alam Orang Mati No 3: Badan halus yang tidak terkawal
- 3.4 Alam Orang Mati No 4: Badan-badan halus yang tidak stabil
- 3.5 Alam Orang Mati No 5: Usaha-usaha oleh badan halus untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
- 3.6 Alam Orang Mati No 6: Badan halus menyesuaikan diri dengan tekanan dalam persekitaran
- 3.7 Alam Orang Mati No 7: Badan halus berada secara tetap di zon atas pada masa-masa tertentu dan di zon tengah pada masa yang lain.
- 3.8 Alam Orang Mati No 8: Badan halus berada secara tetap di zon atas
- 3.9 Alam Orang Mati No 9: Badan halus sedar bagaimana untuk menyeberangi bahagian ini
- 3.10 Alam Orang Mati No 10: Badan halus sedar bagaimana untuk menyeberangi bahagian ini
- 3.11 Kenderaan angkasa halus: Badan halus dibuang keluar dari kawasan ini ke alam Nether (Nether region) seperti komet
- 4. Tempoh masa yang dihabiskan di Alam Orang Mati
1. Pengenalan kepada Alam orang Mati
Dalam artikel, ‘Di manakah kita pergi selepas kematian?’, kita menyifatkan 13 alam-halus yang utama (main subtle-regions) di Alam Semesta di mana kita boleh pergi selepas kematian. Walau bagaimanapun, selepas mati, kita semua akan melalui suatu alam sementara/interim (interim region) di Alam Semesta yang dikenali sebagai Alam Orang Mati (Region of the Dead)/(Martyaloka). Di alam ini, badan-halus (subtle-body) membiasakan diri dengan keadaan baru tanpa badan kasar (gross body) (sthūladēha). Terdapat 10 alam-kecil (sub-regions) di alam kewujudan ini (plane of existence) yang akan dilalui oleh badan-halus.
2. Untuk Siapakah Alam Orang Mati ini paling relevan?
Alam ini adalah paling relevan kepada orang-orang yang destinasi akhir di hidup selepas mati adalah Alam Nether (Bhuvarlok). Bagi badan halus ini, mereka bergerak perlahan-lahan melalui pelbagai sub-alam (sub-regions) di Alam Orang Mati sambil merenjiskan sisa-sisa (vestiges) dan ikatan (attachments) kehidupan Duniawi mereka.
Bagi orang-orang yang sangat berkembang secara kerohanian, oleh kerana badan-halus mereka ringan dan tiada ikatan dengan kehidupan duniawi, mereka bergerak dengan cepat melalui alam ini ke alam-halus yang lebih tinggi seperti Syurga (Swarga), Maharlok dan lain-lain
Secara alternatif, badan-halus yang pergi ke salah satu daripada alam-alam Neraka (Pātāl) tenggelam ke dalam alam yang lebih rendah tanpa menghabiskan banyak masa di Alam Orang Mati. Ini adalah kerana badan-halus mereka yang berat disebabkan oleh penuh dengan perbuatan/niat negatif dalam hidup mereka dan ego serta ikatan mereka.
3. Pelbagai sub-alam di Alam Orang Mati
Terdapat sejumlah sepuluh sub-bahagian (sub-divisions) di Alam Orang Mati. Kami memberikan penerangan asas tentang setiap bahagian-halus (subtle-divisions) tersebut dan tingkah laku umum badan-halus di setiap sub-bahagian tersebut.
Terdapat huraian dalam kitab-kitab suci kuno tentang sungai-halus (subtle-river) Suci Vaitarna bahawa semua leluhur dikatakan perlu menyeberang sebelum memasuki Alam Nether. Ini adalah sebenarnya selubung-halus (subtle-sheath) Prinsip Air Mutlak (Absolute Water Principle)/(Āpatattva) di sekitar alam Bumi (Bhūlok). Selubung ini sendiri adalah sungai Vaitarna. Selepas kematian, badan-halus berenang di dalam Vaitarna dan memasuki alam Nether. Gas perkumuhan yang tertinggal dan tenaga sub-vital (sub-vital energies) yang berkaitan dengan badan fizikal yang mengiringi badan-halus, dilepaskan ke dalam Vaitarna.
Oleh itu Vaitarna membantu menanggalkan badan-halus daripada sisa-sisa/vestij terakhir badan kasar (gross body) untuk menjadikannya cukup halus bagi membolehkannya memasuki Alam Orang Mati.
Nota kaki: M1, M2, M3… M10
M1 merujuk kepada sub bahagian (sub division) pertama di Alam Orang Mati. M2 merujuk kepada sub bahagian kedua di Alam Orang Mati dan seterusnya.
3.1 Alam Orang Mati No 1: Badan halus dilihat berlari lintang-pukang
Selepas menyeberangi Vaitarna badan-halus memasuki ‘Alam orang Mati’ No 1. Persekitaran di bahagian ini kelihatan dalam warna ungu kemerahan. Badan-halus dilihat berlari lintang-pukang disebabkan persekitaran yang baru kepada mereka. Pemahamannya di sini adalah bahawa mereka perlu bergerak, tetapi mereka tidak mempunyai petunjuk tentang haluan manakah yang betul. Oleh itu semua badan halus di bahagian ini, berada dalam keadaan resah.
3.2 Alam Orang Mati No 2: Ketidaksabaran badan halus
Persekitaran bahagian ini terdiri daripada jalur-jalur luas yang berwarna ungu dan merah. Badan-halus di bahagian ini kelihatan bergelut dalam gerakan seperti sedang lemas (drowning motion). Badan-halus selepas memasuki bahagian ini tidak berlari di sekitar seperti di bahagian sebelum ini namun mereka dilihat sentiasa bergerak dalam satu tempat. Rasa tidak sabar dilihat dalam diri mereka. Ini kerana selepas datang ke bahagian ini, mereka lebih baik menyesuaikan diri daripada bahagian sebelum ini, tetapi masih tidak mempunyai petunjuk tentang jalan mana untuk bergerak.
3.3 Alam Orang Mati No 3: Badan halus yang tidak terkawal
Persekitaran di bahagian ini kelihatan seperti seolah-olah diperbuat daripada benang berwarna merah keungu-unguan yang saling melilit. Banyak badan-halus di bahagian ini kelihatan bergerak ke hulu hilir/atas dan bawah, dengan cara yang tidak terkawal tetapi dalam garisan mendatar. Badan-halus telah berkembang lebih maju daripada bahagian sebelum ini dan cuba bergerak dalam garisan mendatar.
3.4 Alam Orang Mati No 4: Badan-badan halus yang tidak stabil
Di sini anyaman antara (intertwining) benang merah keungu-unguan adalah lebih banyak. Badan-halus di alam ini kelihatan sangat resah untuk bergerak ke alam seterusnya. Badan-halus bergerak dalam garis menegak dari atas ke bahagian bawah alam ini. Oleh kerana pergerakan dalam arah melintang/mendatar gagal untuk membawa mereka keluar dari Alam Orang Mati (Region of Dead), maka mereka cuba pergerakan menegak.
3.5 Alam Orang Mati No 5: Usaha-usaha oleh badan halus untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
Partikel asas halus Raja-Tama (particles of subtle basic Raja-Tama) boleh dilihat dalam bahagian ini. Banyak jalur-jalur benang merah keungu-unguan dilihat di dalamnya. Badan-halus di alam ini kelihatan bergerak ke depan, kemudian kekal tidak berubah dan sekali lagi meneruskan pergerakan ke hadapan. Mereka kelihatan lebih cenderung ke arah kestabilan.
3.6 Alam Orang Mati No 6: Badan halus menyesuaikan diri dengan tekanan dalam persekitaran
Badan-halus di bahagian ini muncul menjadi stabil di zon tengah pada masa-masa tertentu dan di zon yang lebih rendah pada masa yang lain. Persekitaran di bahagian ini dipenuhi dengan awan merah keunguan.
3.7 Alam Orang Mati No 7: Badan halus berada secara tetap di zon atas pada masa-masa tertentu dan di zon tengah pada masa yang lain.
Dalam bahagian ini, awan menjadi jarang dan partikel asas halus Raja-Tama adalah lebih banyak. Badan-halus berada secara tetap di zon atas pada masa-masa tertentu dan di zon tengah pada masa yang lain.
3.8 Alam Orang Mati No 8: Badan halus berada secara tetap di zon atas
Bahagian ini keseluruhannya terdiri daripada warna ungu. Partikel asas halus Raja-Tama adalah jarang dapat dilihat. Badan-halus berada secara tetap di pinggir zon atas.
3.9 Alam Orang Mati No 9: Badan halus sedar bagaimana untuk menyeberangi bahagian ini
Bahagian ini keseluruhannya berwarna ungu. Di bahagian ini, frekuensi bercahaya (effulgent frequencies) dapat dilihat berpunca daripada selubung luaran badan halus. Badan-halus bergerak ke zon yang seterusnya dengan kekuatan frekuensi bercahaya ini.
3.10 Alam Orang Mati No 10: Badan halus sedar bagaimana untuk menyeberangi bahagian ini
Atmosfera udara/aerial bahagian ini adalah berwarna ungu (yang kelihatan) samar-samar. Badan-halus kelihatan menduduki (habituate) bahagian ini untuk jangka masa yang sangat singkat. Badan-halus dibuang dalam arah ke atas dengan bantuan selubung aerial (aerial covering) bahagian-9. Destinasi mereka di Alam Nether atau alam-alam lain diputuskan berdasarkan perbuatan mereka.
3.11 Kenderaan angkasa halus: Badan halus dibuang keluar dari kawasan ini ke alam Nether (Nether region) seperti komet
Ini juga dikenali sebagai kenderaan Moyang/Leluhur (Ancestor vehicle). Ia mempunyai tenaga sendiri. Melalui unsur ketetapan momentum tenaga inilah badan-halus dibuang keluar dari kawasan ini ke alam Nether seperti komet. Bunyi seperti hurikan/ribut taufan kedengaran di rantau ini.
Warna Alam Orang Mati terdiri daripada aliran kolektif ungu dan merah. Ia adalah suasana yang tepat bagi disintegrasi frekuensi keinginan. Ini berlaku dalam selubung (sheaths) sekeliling badan halus atau di pusat-pusat impresi (centres of impressions) meliputi badan halus. Selain itu, ia juga adalah disebabkan oleh disintegrasi berterusan gas-gas perkumuhan yang berkaitan dengan badan-badan kasar (gross bodies).
4. Tempoh masa yang dihabiskan di Alam Orang Mati
Tempoh masa yang dihabiskan di Alam Orang Mati adalah di antara beberapa bulan ke beberapa tahun.
Faktor-faktor yang menentukan masa yang dihabiskan di sana adalah:
- Intensiti perapatan (attachments) leluhur yang telah meninggal dunia: Semakin tinggi perapatan maka semakin perlahan kemajuan/progres.
- Upacara ritual yang dilakukan untuk leluhur: Bergantung pada ritual tertentu yang dilaksanakan, badan-halus akan menerima momentum dalam perjalanan seterusnya.
- Tahap kerohanian: Badan halus pada tahap kerohanian 50% akan merentasi alam ini lebih cepat daripada badan-halus pada tahap kerohanian 30%. Ini adalah kerana keringanan badan halus disebabkan oleh pembubaran (dissolution) lima deria, minda dan intelek.
Apa yang dimaksudkan dengan leluhur yang menghala pada bumi (Earthbound) adalah bahawa mereka terjerat/menghadapi kesulitan (stuck) di Alam Orang Mati (Martyaloka). Apabila ini berlaku kita boleh membantu mereka bergerak dengan ritual kerohanian mujarab yang tertentu ataupun dengan mengucap canta perlindungan khas Shri Gurudev Datta.
Seperti dalam kebanyakan kes di zaman sekarang, samada orang yang mati gagal melakukan apa-apa amalan kerohanian yang ketara berdasarkan enam prinsip asas amalan kerohanian (ketika hidup) ataupun keturunan (orang mati) melakukan apa-apa upacara ritual yang betul atau canta/mengucap Shri Gurudev Datta. Hasilnya, kebanyakan badan–halus merana di Alam Orang Mati selama bertahun-tahun.