Kata-kata aluan daripada Editor

SSRF Editor
Sean Clarke

Para pembaca sekalian,

Terima kasih kerana melayari laman SSRF dan kami mengalu-alukan anda ke laman web ini.

Anda mungkin melayari laman ini secara kebetulan atau telah dirujuk oleh seseorang, walau apa pun caranya kami amat berterima kasih kerana melayari laman web kami.  Apa sahaja keperluan anda, sama ada rasa ingin tahu mengenai alam rohani atau mencari suatu penyelesaian untuk masalah atau berkembang secara rohani, kita ingin membantu.

SSRF.org dilayari oleh berjuta-juta orang dari seluruh pelusuk dunia. Kita telah memberi responds kepada ribuan soalan, suatu yang sangat jelas, walaupun kita bercakap dalam bahasa yang berlainan dan datang dari negara-negara lain, masalah kita dan soalan mengenai kehidupan kita adalah sama. Manakala sains moden telah mencapai kemajuan yang besar dalam membantu kita meningkatkan taraf hidup kita, ia kurang mendekati pendekatan holistik untuk membantu orang ramai mengatasi masalah dalam kehidupan dan memperolehi kebahagiaan abadi. Kemungkinan salah satu sebab kepopularan laman SSRF adalah ia memberi apa yang dihendaki oleh para pembaca, iaitu, sebab-sebab sebenar punca-punca masalah dalam hidup kita dan penyelesaian untuk mengatasinya. Apabila orang menangani masalah dalam kehidupan mereka pada tahap fizikal, psikologi dan rohani mereka mempunyai peluang kejayaan yang lebih baik.

Bagi kebanyakan kita, masa kita di Bumi dibahagi di antara mendapatkan pendidikan, mendapatkan pekerjaan, berkahwin, mempunyai anak-anak, memperolehi wang, memperolehi kemasyhuran dan kuasa. Apabila kita melalui kehidupan kita, beberapa orang daripada kita  akan bertanya – adakah ini sahaja? Adakah setakat ini sahaja tujuan hidup? Demi masyarakat bahagian ini SSRF berkata, “Tidak semestinya”. Setiap seorang yang melalui perjalanan rohani dengan untuk belajar dari pengajaran kehidupan. Demi untuk mereka yang sedar akan perjalanan rohani ini dan ingin maju secara rohani, SSRF ingin membantu anda dengan menyediakan satu “roadmap” (untuk perjalanan rohani anda) supaya anda boleh memanfaatkan setiap masa yang berharga dalam hidup anda.

Pada masa terdekat, dunia kita akan menghadapi peperangan dan bencana alam. Hanya dengan amalan rohani sahaja, boleh membantu kita memperkuatkan kita menghadapi kemusnahan dan kehilangan nyawa dalam skala yang besar. Keadaan buruk ini akan membuka jalan untuk umat manusia memperbaiki amalan mereka. Ini menyebabkan dunia kita akan menikmati hampir seribu tahun keamaan dan kesedaran rohani. Kebanyakkan kajian telah diterbitkan dalam SSRF.org akan membantu memberi panduan kepada generasi yang akan datang tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan rohani.

Laman web ini terhasil dengan rahmat Yang Mulia Dr Athavale iaitu sumber inspirasi SSRF. Beliau bekerja tanpa mengenal penat lelah demi manusia sejagat dan membimbing semua kajian rohani di SSRF. Lebih daripada seratus pencari terlibat secara langsung dalam pemfungsian laman web ini dan mengorbankan masa mereka supaya pengetahuan yang berharga ini mencapai pelusuk dunia. Kami amat bersyukur bahawa kami menjadi sebahagian laman web ini yang menerajui budaya umat manusia ke arah cara hidup rohani yang lebih baik.

Untitled

Sean Clarke

The Editor