1. Pengenalan
Terdapat dua jenis amalan kerohanian (sādhanā) yang generik / umum:
- Amalan kerohanian individu (vyashti sādhanā): Apabila kita menggunakan frasa ‘amalan kerohanian individu’, kita merujuk kepada amalan kerohanian yang dilakukan untuk meningkatkan daya dan tahap pertumbuhan kerohanian seseorang secara peribadi. Jenis ‘amalan kerohanian individu’ yang umum dan biasa dilakukan terutamanya untuk pertumbuhan kerohanian individu adalah mengucap dan mengulangi Nama Tuhan atau menelaah / mempelajari secara mendalam teks / buku kerohanian. Dalam situasi ini, hanya individu yang mendapat manfaat daripada amalan tersebut.
- Amalan kerohanian kolektif (samashti sādhanā): Apabila kita menggunakan frasa ‘amalan kerohanian kolektif’ kita merujuk kepada amalan kerohanian yang dilakukan untuk meningkatkan daya dan tahap pertumbuhan kerohanian orang lain (orang ramai / masyarakat). Sebagai contoh, apabila para pencari Tuhan secara sukarela menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk mengadakan ceramah – ceramah tentang kerohanian, hal ini dikenali sebagai amalan kerohanian kolektif.
2. Kepentingan amalan kerohanian individu berbanding dengan amalan kerohanian kolektif
Pada masa kini, bagi pertumbuhan kerohanian kita kepentingan ‘amalan kerohanian kolektif’ adalah sebanyak 70% manakala kepentingan ‘amalan kerohanian individu’ adalah sebanyak 30% sahaja. Oleh sebab itu, bagi mencapai kemajuan kerohanian adalah penting bagi kita untuk memberi motivasi kepada sejumlah orang ramai yang boleh (pada tahap yang maximum) di kalangan masyarakat untuk mengamalkan kerohanian. Hal ini dalam erti kata sebenarnya merupakan ‘khidmat (bakti) kepada Kebenaran Mutlak/Tuhan’ (satsēvā). Namun,untuk melaksanakan satseva ini, seseorang perlu meningkatkan daya dan tahap kerohanian diri sendiri dengan memberi perhatian kepada amalan kerohanian individu tersebut.
Sebagai para pencari Tuhan, kita perlu mencari keseimbangan dalam usaha kita di antara ‘amalan kerohanian individu’ dan ‘amalan kerohanian kolektif’. Suatu analogi lampu yang sedang menyala akan menerangkan kepentingan keseimbangan ini secara lebih deskriptif / jelas.
Minyak di dalam lampu melambangkan ‘amalan kerohanian individu’ dan cahaya lampu melambangkan ‘amalan kerohanian kolektif’. Sekiranya minyak kurang, lampu tidak akan memberi cahaya yang terang maka asas amalan kerohanian individu perlu kuat, kerana ia memberi tenaga untuk mengekalkan amalan kerohanian kolektif kita. (Dalam hal lampu tersebut, cahayanya akan berkurangan dan akhirnya akan menghabiskan (mengorbankan) minyak, (cahaya mengakibatkan minyak berkurangan), tetapi ‘amalan kerohanian kolektif’ tidak akan menyusut / mengurangkan ‘amalan kerohanian individu’ kita. Sebaliknya ia akan meningkatkan lagi ‘amalan kerohanian individu’ kita).