Abstrak – Pertempuran di antara baik dan jahat
Pertempuran-halus di antara baik dan jahat telah diperjuangkan secara berkala sejak zaman terawal. Ia diperjuangkan lagi di dunia-halus sejak tahun 1999-2012. Selepas ini pertempuran-halus yang intensif akan stabil dan kemudian beransur-ansur kurang selepas 2012-13. Pertempuran di Bumi akan menyusul dari 2013 ke 2018. Selepas itu, dunia akan melalui tempoh fluks untuk pulih daripada pertempuran dan kemudian akan mempersiapkan untuk era baru. Era baru akan dikenali sebagai Kerajaan Tuhan dan dengan itu manusia akan mengalami seribu tahun kedamaian dan Kebaikan (Dharma). Waktu yang kita hidup ini adalah amat signifikan kerana kesan pertempuran ini yang akan dirasai oleh seluruh alam semesta. Namun masa kini adalah juga sangat kondusif untuk amalan rohani untuk mencapai Realisasi-Tuhan (keadaan rohani tertinggi).
Nota: Untuk memahami artikel ini, adalah penting untuk membaca artikel mengenai tiga komponen asas halus Sattva, Raja dan Tama, yang merangkumi ke semua ciptaan. Mulai sekarang seluruh artikel, kita akan merujuk kepada komponen-komponen ini dan sifat mereka sebagai sāttvik, rājasik dan tāmasik. Sebagai contoh, apabila kita merujuk kepada manusia sebagai orang yang sattvik, ia bermaksud bahawa dia mempunyai tahap komponen Sattva yang tinggi di dalamnya dan lebih suci dari segi rohani.
1. Definisi baik dan jahat
Dari sudut pandangan sains kerohanian orang-orang didefinisikan sebagai ‘baik’:
- yang hidup atau telah meninggal dunia (juga dikenali sebagai tubuh-halus)
- mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukan amalan rohani
- mengejar matlamat untuk menyerahkan semua termasuk ego kepada Tuhan dan
- yang menyelaraskan hidup mereka untuk merealisaikan Tuhan
Ini biasanya mencerminkan orang yang mempunyai tahap rohani lebih daripada 30%, yang berdominasikan Raja-Sattva atau Sattva dan berbudi luhur. Orang-orang tanpa sifat-sifat yang dinyatakan di atas tetapi melakukan beberapa perkara yang baik seperti menderma kepada anak-yatim dsb, walaupun perbuatan mereka patut dipuji, ia tidak semestinya setaraf dengan apa yang sains kerohanian akan mendefinisikan sebagai orang ‘baik’, terutamanya jika perbuatan itu dilakukan dengan rasa bangga. Orang baik dan tubuh-tubuh halus yang baik secara kolektif bersama-sama berada dalam kuasa baik.
Sebaliknya, orang jahat (hidup atau tubuh-halus) yang berdominasikan Raja-Tama atau Tama, tidak berbudi dan mempunyai ego yang tinggi. Mereka mungkin melakukan amalan rohani tetapi ia dilakukan untuk tujuan mencapai kuasa rohani untuk memenuhi beberapa cita-cita tersendiri. Perkataan ’ego’ digunakan dalam konteks rohani di sini. Tambahan pula, penggunaan setiap hari iaitu ’harga diri yang sombong’ dan ’tinggi keangkuhan diri’, ia juga termasuk dalam konotasi rohani yang menganggap dirinya terpisah daripada Tuhan. Orang jahat dan tubuh-halus yang jahat secara kolektif dalam ’kekuasaan jahat’.
Dari perspektif khususnya sains kerohanian mereka yang melakukan amalan rohani dengan tujuan merealisasikan Tuhan dan mereka yang secara progresif menawarkan tubuh, minda, kekayaan dan ego kepada Tuhan akan layak dalam kategori ’baik’. Maka menurut definisi ini ’baik’, pada masa kini terdapat sangat kurang orang yang baik di Bumi. Majoriti orang berada dalam kategori ’jahat’. Namun di antaranya, mereka yang cuba membahayakan masyarakat dan maka secara aktif kurangnya komponen Sattva atau kesucian rohani di dunia, berjumlah hingga 30% daripada populasi. Sebahagian besar disebabkan kekurangan amalan rohani dan fokusnya ke atas materialisme akan dengan mudah digunakan oleh tenaga negatif untuk melakukan seperti kehendak kuasa jahat.
2. Dari mana datangnya baik dan jahat?
2.1 Bilakan jahat wujud?
Semua di alam semesta berasal daripada Satu Tuhan. Prinsip Tuhan meresapi semua di alam semesta dan juga yang wujud di luar. Dari perspektif ini kedua-dua baik dan jahat berasal daripada prinsip Tuhan. Mereka wujud semenjak penciptaan alam semesta. Namun jahat wujud dalam bentuk benih atau terpendam pada masa itu.
Menurut hukum rohani dari penciptaan, semua berasal daripada prinsip Tuhan, dipelihara dan kemudian akan dibubarkan kembali ke prinsip Tuhan. Maka alam semesta wujud, akan dipelihara untuk jangka waktu yang telah ditetapkan dan kemudian ia akan dibubarkan. Sebagai sebahagian rancangan Tuhan, jahat yang berada dalam bentuk benih pada kewujudan alam semesta akan terus bertumbuh. Ia bermanifetasi dalam bentuk kuasa-halus dan di dalam manusia. Dengan peredaran masa, elemen jahat akan terus tumbuh sehingga ia mencapai 100%, iaitu pada masa itu alam semesta akan dibubarkan.
2.2 Dari manakah baik dan kuasa jahat mendapat tenaga?
Sejak kedua-dua baik dan jahat datang daripada prinsip Tuhan Yang Maha Agung, mereka juga mendapat tenaga rohani daripada Tuhan. Ini mungkin kelihatan sebagai paradoks; namun ini boleh difahami dengan lebih baik melalui analogi berikut. Dua orang pekerja di sebuah syarikat berkerja sama-sama kuat dan memperolehi gaji yang sama. Selepas wang berada di tangan mereka, ia bergantung kepada mereka bagaimana mereka akan menggunakannya. Seorang mungkin menggunakan untuk menyuap dirinya dan kemudian apa sahaja yang masih tertinggal digunakan untuk membantu masyarakat. Sedangkan orang lain mungkin menggunakan untuk membahayakan masyarakat. Wang pendapatan adalah seperti memperolehi tenaga rohani yang kita dapat apabila kita melakukan amalan rohani. Niat sebalik melakukan amalan rohani adalah berbeza di antara orang baik dan jahat. Yang pertama, ia adalah untuk bersatu dangan Tuhan manakala yang keduanya adalah khas untuk mendapat kuasa rohani untuk kepuasan mereka. Setelah kita memenuhi simpanan tenaga rohani, Tuhan memberi kita kebebasan untuk menggunakanya sekehendak hati kita. Tenaga rohani apabila digunakan oleh orang yang Kebajikan dikenali sebagai tenaga baik dan apabila digunakan untuk kejahatan dikenali sebagai jahat atau tenaga hitam.
Nota yang penting yang perlu diperhatikan bahawa tenaga rohani yang digunakan untuk kebaikan bermaksud, seorang mengalami keesaan dengan aspek Tuhan. Oleh itu seseorang boleh mengakses tenaga Ketuhanan yang banyak sepadan dengan setakat keesaan. Maka seorang tidak berakhir dengan apa-apa tenaga rohani. Namun apabila seorang menggunakan tenaga rohani untuk kejahatan bermaksud, ia bertentangan dengan sifat Tuhan, orang atau tubuh-halus akan akhirnya menghabiskan sejumlah kuasa rohaninya.
3. Apakah misi baik dan jahat?
Misi kuasa baik adalah untuk membangun ketenteraman di semua rantau di alam semesta berdasarkan komponen Sattva. Pendek kata untuk membentuk Alam Semesta suci secara rohani. Sebaliknya, kuasa jahat berusaha untuk menubuhkan kerajaan jahat berdasarkan komponen Raja dan Tama. Kerajaan jahat adalah jenis kerajaan yang amat kondusif untuk kuasa jahat untuk memenuhi keinginan mereka. Keinginan ini boleh berbeza-beza, sebagai contoh mereka termasuk terlibat secara berlebihan dalam nikmat-nikmat sensual, penyalahgunaan kuasa, mengganggu para ’pencari’ dan menghalang mereka daripada mengamalkan kerohanian untuk realisasi-Tuhan.
4. Keseimbangan di antara baik dan jahat
Oleh sebab fakta bahawa misi-misi baik dan kuasa jahat bertentangan di antara satu sama lain, selalunya ada konflik di antara kedua-dua. Keseimbangan baik dan jahat berubah-ubah mengikut masa dan tidak tetap. Kesannya dirasai di seluruh rantau di alam semesta. Sebagai contoh, apabila terdapat peningkatan kuasa iblis dan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) situasi di seluruh alam positif yang wujud, termasuk Bumi (Bhūlok) dan Syurga (Swarga), mulai merosot. Di rantau Bumi, ia memberi kesan buruk pada tahap fizikal, mental dan rohani. Namun rantau negatif iaitu, pelbagai tahap Neraka (Pātāl), mengalami kesan positif daripada paradigma mereka. Sebaliknya apabila adanya kecondongan dalam keseimbangan terhadap baik, terdapat peningkatan komponen asas halus Sattva dan Kebahagian kekal (Ānand) dialami di seluruh alam semesta. Keamanan dan kemakmuran bertakhta di Bumi. Kuasa-kuasa jahat bagaimanapun terasa tertekan dengan tren positif ini. Tahap ketidakselesaan adalah seperti memaksa seorang penjahat terpaksa hidup mengikut peratuan yang berlaku.
4.1 Apakah sebabnya sebalik kecondongan keseimbangan ke arah kuasa jahat?
Pada setiap kesempatan yang diberikan, kuasa-kuasa jahat dalam alam semesta cuba memburukkan pengaruh keseimbangan kuasa. Walaupun kekuatan jahat sering berusaha untuk mengurangkan komponen asas halus Sattva dan menghentikan para pencari Tuhan daripada mengamalkan dan menyebarkan kerohanian, kuasa-kuasa baik bertakhta agung selama adanya Orang Suci/Saint dan pencari-pencari melakukan amalan rohani. Ini adalah kerana Tuhan membantu Orang Suci/Saint dan pencari-pencari mengatasi kuasa-kuasa jahat disebabkan ibadat mereka.
Kebanyakan simpanan kuasa baik dan jahat adalah di rantau-halus. Orang yang baik dan jahat di Bumi adalah seperti boneka yang terikat dengan tali kerana kedua-dua mereka mendapat kuasa mereka daripada kuasa baik dan jahat masing-masing di alam-halus.
4.2 Tahap rohani dan ancaman oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb)
Kuasa-kuasa jahat secara am mengancam kuasa-kuasa baik yang berada dalam lingkungan +/- 10% kekuatan rohani dari kekuatan mereka sendiri. Ini disebabkan hantu tidak boleh mempengaruhi seseorang dimana terdapat perbezaan 10% tahap rohani yang menyebelahi orang tersebut. Ini adalah sebab seorang mampu memanfaatkan 10-20% perlindungan Tuhan, lebih daripada itu tahap distres oleh hantu, yang melindungi seorang daripada ancaman hantu mempunyai tenaga rohani yang rendah.
Hantu-hantu pada tahap rohani lebih daripada 10% tahap rohani seseorang tidak endah untuk mengancamnya, kerana dia sangat kecil untuk berdepan dengan dan maka tidak penting bagi hantu. Maka sebagai contoh, seorang pada tahap rohani 30% akan diancam oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) dalam tahap lingkungan 20-40%.
Ini menjadi lebih mudah untuk kuasa jahat mengerah kuasa mereka ke atas manusia khasnya orang yang lebih materialistik dan kurang cenderung mengamalkan kerohanian. Apabila terdapat peningkatan komponen Tama dalam manusia, kuasa jahat sendiri berdominasikan Tama senang mengambil kesempatan situasi dan cuba menubuhkan kawalan mereka ke atas manusia.
Rujuk kepada artikel – Sejauh mana tahap rohani memberi perlindungan terhadap hantu-hantu?
5. Bilakan pertempuran pertama di antara baik dan jahat diperjuangkan?
Jangka hayat alam semesta dibahagikan kepada 4 era iaitu Satyayug, Trētāyug, Dwāparyug dan Kaliyug. Satyayug adalah era kerohanian yang paling suci. Namun selepas era ini purata tahap rohani manusia mula berkurang dengan setiap era berikutnya sehingga ia mencapai tahap terendah di Kaliyug atau Era Persengketaan iaitu era kini. Era ini akan berlangsung selama 432,000 tahun. Kita sekarang berada lebih 5100 tahun di era ini.
Dalam setiap era terdapat kitaran kecil Satyayug, Tretayug, Dwaparyug dan Kaliyug dan kesedaran rohani dari manusia di setiap era kecil ini berbeza-beza. Setiap kitaran era kecil ini dibahagikan lagi ke dalam empat era yang lebih kecil. Pembahagian kitaran kecil dalam kitaran-kecil berulang-ulang sehingga sedalam enam tahap. Kitaran-kecil yang terkecil berlangsung selama 1000 tahun. Angka 1000 adalah pengiraan masa dalam zaman sekarang. Sebagai contoh, kitaran kecil yang berkaitan dengan era Satyayug adalah lebih lama. Ini adalah kerana Satyayug adalah era yang mempunyai komponen halus Sattva yang tinggi. Salah satu siri Sattva adalah keluasan, manakala Tama adalah kemerosotan. Oleh itu satu tahun Kaliyug pada dasarnya bermaksud lebih banyak tahun di Satyayug.
Pada permulaan penciptaan keseimbangan adalah 100% yang menyebelahi kuasa-kuasa baik manakala kuasa jahat masih berada dalam bentuk terpendam atau benih. Ini adalah kerana era pertama iaitu Satyayug, semua umat manusia terlibat dalam amalan rohani dan purata tahap rohani mereka adalah 70%. Mereka menjalankan diri mereka dengan sifat setiap aspek kehidupan sebagai amalan rohani dan suatu peluang melayani Tuhan. Apabila mini-Kaliyug dalam kitaran kecil terakhir Satyayug bermula, jumlah orang yang berbuat jahat di Bumi menjadi lebih daripada 2% keseluruhan populasi. Komponen halus Tama yang cukup tinggi untuk orang yang berbuat jahat pada masa tersebut membuatkan merekamenuntut keagungan. Ini adalah pertempuran pertama di antara baik dan kuasa jahat dan ia diperjuangkan pada akhir ini dalam mini-kitaran Kaliyug dalam mini kitaranterakhirdari Satyayug.
Disambung di Bahagian 2: Pertempuran kini di antara baik dan jahat