1. Pengenalan
Penyembuhan rohani adalah satu istilah yang dikenali oleh orang ramai. Walau bagaimanapun ia bermakna perkara yang berbeza kepada orang lain. Dalam artikel ini kita mendefinisikan apa yang kita maksudkan dengan frasa penyembuhan rohani dan membincangkan prinsip-prinsip di sebalik bagaimana ia berfungsi.
Seluruh pemikiran dan perspektif artikel ini berdasarkan tujuan hidup, salah satu daripadanya adalah untuk mengembangkan kerohanian dan membantu orang lain bukan sekadar tahap duniawi akan tetapi berfokus untuk mengembangkan kerohanian. Semakin kita selaras dalam membantu seseorang mengembangkan kerohaniannya apabila kita mengamalkan penyembuhan rohani, maka semakin kecil risiko yang bertentangan dengan tujuan hidup, yang akan menyebabkan pengurangan dalam keupayaan rohani untuk sembuh.
2. Apa itu penyembuhan rohani?
Penyelidikan rohani menunjukkan kita bahawa sehingga ke 80% masalah dalam kehidupan kita berpunca dari dimensi rohani. Kita telah meliputi pelbagai aspek bagaimana dimensi rohani memberi kesan dalam bahagian Punca-punca rohani dalam kesukaran.
Penyembuhan rohani adalah didefinisikan sebagai mengatasi punca masalah-masalah melalui rohani.
2.1 Perbezaan di antara simpton-simpton yang dipaparkan dan puncanya
Adalah penting untuk membezakan simpton-simpton yang dipaparkan oleh seseorang dan punca utama. Kita boleh memahami dengan lebih baik artikel ini dengan contoh berikutnya.
Katakan John menuang sebaldi air ke atas lantai di dalam bilik Jane apabila Jane tidak ada di sana. Beliau kemudian menyembunyikan dirinya untuk melihat reaksi Jane ketika dia balik. Apabila Jane memasukki bilik dia mencari di semua tempat untuk puncanya tetapi tidak menjumpai sebab adanya air di lantai. Kemudian dia mengelapkan lantai. John keluar mengetawakan nasib dan kejahilan Jane yang tidak mengetahui punca kejadian tersebut.
Ini adalah analogi yang tipikal bagaimana sesuatu alasan rohani seperti serangan oleh hantu (John) boleh menyebabkan masalah dalam kehidupan seperti serangan jantung (dalam hal ini, air di lantai). Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa kita tidak mempunyai penglihatan deria keenam atau melihat hantu tersebut, malah kita mencari punca sakit dada yang masih lagi terhad kepada dimensi fizikal atau psikologi.
2.2 Apakah yang disembuhkan dengan penyembuhan rohani?
Sekarang kita boleh menghargai bahawa dalam kes-kes penyakit jantung yang disebabkan oleh punca rohani, perubatan atau pembedahan hanya boleh mengurangkan kerosakkan yang berbangkit yang boleh dilakukan oleh punca rohani. Oleh itu dalam merawat keadaan jantung melalui pembedahan atau ubat, sains perubatan boleh membawa kebaikan yang terbaik melalui penawar simptomatik. Keadaan ini akan kembali atau berulang kerana punca penyebabnya (contohnya hantu) tidak diketahui atau tidak diselesaikan.
Penyembuhan rohani adalah mengenai diagnosis dan penyingkiran punca rohani masalah, iaitu, hantu seperti dalam contoh di atas mengenai penyakit jantung. Dalam contoh sebelumnya, ia adalah mengenai mencari John dan memberhentikannya daripada menuang air. Ini boleh juga digunakan untuk memberhentikan potensi masalah yang bakal berlaku pada asalnya.
Walaupun remedi penyembuhan rohani yang maju boleh juga mengembalikan kerosakkan fizikal yang dilakukan, dalam kebanyakkan kes adalah dinasihatkan untuk menggunakan langkah-langkah fizikal (rawatan) untuk mengurangkan kerosakkan fizikal (contohnya air dalam contoh di atas). Ini disebabkan seseorang perlu mempunyai banyak tenaga rohani untuk mencapai apa yang boleh dilakukan dengan input yang agak rendah di tahap fizikal. Ini dipertimbangkan bahawa tenaga rohani ini ternilai dan terlalu susah untuk memperolehi dibandingkan dengan usaha fizikal.
Ini disebabkan bahawa Yayasan Penyelidikan Sains Rohani (SSRF) menekankan bahawa hanya pada tahap sesuai tenaga digunakan untuk merawat sesuatu masalah. Maka sebagai contoh, jika seseorang mempunyai ekzema disebabkan punca rohani, ia perlu dirawat pada tahap fizikal dengan ubat-ubat dan punca rohani perlu diatasi dengan remedi rohani.
3. Prinsip asas sebalik penyembuhan rohani
3.1 Prinsip sebalik diagnosis
Diagnosis sesuatu masalah yang mempunyai punca di alam rohani hanya boleh dilakukan dengan deria keenam (ESP). Ketepatan diagnosis mungkin berbeza-beza dan merupakan fungsi dari 2 faktor asas: Keupayaan deria keenam seseorang dan tahap rohani berbanding dengan kekuatan pengaruh entiti atau hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb.). Rujuk kepada artikel ’Kedalaman keupayaan untuk melihat aktiviti paranormal melalui deria keenam kita’. Lazimnya, seorang psikik biasa boleh mengamati hantu hanya daripada rantau-halus rantau Nether (Bhuvarlok). Hantu yang lebih tinggi dari alam neraka (Pātāl) yang lebih dalam, adalah terlalu halus sehingga boleh menghindari perhatian daripada seorang psikik biasa.
Takdir adalah faktor yang paling kuat dalam memutuskan berapa lama seseorang akan mengalami sesuatu masalah. Dalam kes-kes di mana seseorang tidak melakukan amalan rohani dan takdirnya adalah teruk, ini tersendiri memastikan bahawa seseorang tidak mendapat akses untuk bantuan rohani untuk mengatasi takdir mereka.
Niat Suci daripada Orang Suci/Saint yang membimbing si penyembuh rohani: Jika penyembuh rohani tersebut bertindak atas arahan-arahan daripada Orang Suci/Saint (seseorang yang tahap rohani 70% ke atas), maka penyembuh rohani boleh menyembuh masalah-masalah yang disebabkan oleh hantu yang lebih tinggi tahapnya walaupun tahap rohani penyembuh lebih rendah daripada itu akan sebaliknya dijangka menyembuhkan masalah tertentu. Ini adalah sebab penyembuhan berlaku kebanyakkannya disebabkan kuasa niat suci Orang Suci/Saint pembimbingnya.
3.2 Prinsip sebalik sebarang penyembuhan rohani
Berikut adalah prinsip sebalik sebarang rawatan penyembuhan rohani yang diamalkan dimana-mana di dunia ini.
Pengaruh negatif daripada hantu meningkatkan komponen asas halus Raja-Tama dan mengurangkan komponen Sattva dalam dan sekeliling seseorang atau objek yang dipengaruhi. Hantu boleh juga mencipta suatu lapisan tenaga hitam ke atas atau di dalam seseorang atau objek yang dipengaruhinya. Tenaga hitam adalah tenaga rohani yang digunakan untuk tujuan yang memudaratkan.
Pada asasnya dengan menggunakan remedi penyembuhan rohani kita cuba untuk:
- Mengurangkan asas halus Raja-Tama yang disebabkan oleh hantu-hantu
- Meningkatkan komponen asas halus Sattva
- Cuba menyingkirkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tenaga hitam yang sememangnya Raja-Tama.
Rujuk kepada artikel ’Bagaimana hantu merasuk seseorang (contohnya mekanisme sebalik tindakan dirasuk)?’
4. Jenis-jenis yang umum dari keadah penyembuhan rohani
Terdapat dua keadah umum penyembuhan rohani yang boleh digunakan oleh semua orang yang mempunyai masalah yang berpunca dari alam rohani.
-
Remedi-remedi rohani: Di mana sama ada orang lain atau orang dipengaruhi sendiri melakukan sesuatu yang khusus untuk mengurangkan sesuatu masalah pada tahap rohani. Faedah ini membawa kelegaan secepatnya kepada yang dipengaruhi. Kelemahannya adalah kelegaan mungkin hanya buat sementara selagi kesan remedi berlangsung. Remedi-remedi rohani termasuk Reiki, penyembuhan Prānic, penggunaan Abu suci (Vibhūti), penggunaan Air suci (Thirthā), penyembuhan melalui mantera, dsb.
-
Amalan rohani: Apabila seseorang melakukan amalan rohani mematuhi enam prinsip-prinsip asas amalan rohani, dia membina keupayaan sendiri untuk melindungi dirinya daripada unsur-unsur bahaya di dalam dimensi rohani. Jika amalan rohani mempunyai 100% effektif dalam mengatasi masalah dalam kehidupan kemudian remedi-remedi rohani hanya mempunyai 40% effektif. (Nota: 40% adalah ketika remedi-remedi diberikan di luar). Oleh sebab itu dalam kes remedi-remedi rohani pembolehubah sama ada seseorang boleh disembuhkan meningkat apabila mereka melibatkan kedua-dua penyembuh dan orang yang disembuhkan.
Keadah pertama penyembuhan kebanyakan membawa penawar simptomatik dan kadang-kadang menawar punca rohani manakala kedua membawa penawar ke atas punca yang disebabkan oleh masalah rohani.
4.1 Apakah keadah yang diutamakan untuk penyembuhan?
Berikutan adalah carta aliran yang memberikan pemahaman mengenai keadah yang diutamakan dari prespektif rohani.
Apakah kebaikan dan keburukan setiap satu? | Amalan rohani | Sendiri | Penyembuh rohani |
---|---|---|---|
Bergantung kepada orang lain untuk mengubati | Tidak2 | Tidak | Lebih |
Peningkatkan rintangan kepada pengaruh rohaniah yang berbahaya seperti hantu | Ya | Ya | Tidak |
Membangkitkan keupayaan untuk melawan | Ya | Ya | Tidak |
Melindungi dan mengatasi penderitaan yang dialami kerana takdir | Ya | Tidak | Tidak |
Kemungkinan tenaga negatif3 yang menyembuhkan |
Tidak | Tidak | Ya |
Kebarangkalian ditipu | Tidak | Tidak | Ya |
Efektif | 100% | 100% | 40% |
Perkembangan rohani | Ya | Tidak | Tidak |
Cadangan SSRF | ✔ | ✔4 | Hanya jika anda tidak dalam keadaan untuk menolong diri sendiri seperti kanak-kanak, seseorang yang tidak sedar dsb. |
Kaki nota (nombor-nombor yang bertanda merah di rajah di atas)
- Di sini amalan rohani dimaksudkan jenis amalan rohani yang sejagat dan mematuhi enam prinsip-prinsip asas amalan rohani.
- Apabila seseorang maju secara rohani dan mula menolong orang lain dengan menjalankan kuliah-kuliah dalam kerohanian dan melayani Tuhan dengan melakukan perkhidmatan kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā) seseorang mungkin disasarkan oleh tenaga negatif yang cuba menghalang amalan rohaninya. Dalam kes ini amalan rohani mungkin perlu diluaskan dengan penyembuhan rohani dengan penyembuh rohani dan/atau diri sendiri untuk mempercepatkan penyembuhan sekiranya serangan teruk oleh hantu.
- Dalam beberapa kes tenaga negatif boleh merasuk penyembuh dan seolah-olah menyembuhkan melalui penyembuh tersebut. Kita telah meliputi hal ini dengan lebih terperinci dalam artikel ini kemudian.
- Adalah lebih baik kita melakukan amalan rohani dan menambahnya dari masa ke semasa dengan remedi-remedi rohani yang boleh dilakukan dengan diri sendiri.
5. Mekanisme sebalik sebarang penyembuhan rohani
5.1 Cara-cara penyembuhan rohani
Terdapat dua cara penyembuhan di mana mekanisme dari tenaga yang disalurkan adalah berbeza. Penyembuhan melalui:
- Menggunakan benda yang tidak bernyawa seperti Air suci atau Abu Suci.
- Melalui seseorang
- Orang tersebut mesti melebihi tahap rohani 50% dan tidak mempunyai sebarang distres rohani
- Orang Suci/Saint iaitu seseorang melebihi 70% tahap rohani
Bergantung kepada cara yang digunakan, mekanisme tindakan (iaitu bagaimana tenaga disalurkan) berubah-ubah.
5.2 Cara penyembuhan dan keadah tindakan yang sesuai
Kita akan menjelaskan bahagian ini dalam bentuk analogi menyalakan lampu. Langkah pertama adalah mentol menyala dengan menghidupkan sius yang sesuai. Tenaga elektrik mengalir melalui wayar dan akhirnya outputnya mentol mula menyala. Bergantung kepada mentol yang mana kita hendak menyala, suis yang sesuai perlu dihidupkan. Begitu juga penyembuhan rohani, pelbagai keadah penyembuhan membawa pelbagai kesan, Dalam semua kes kesan akhir penyembuhan (iaitu mentol menyala atau output akhir) diatur melalui 5 Prinsip-prinsip Mutlak Kosmik (Panchatattva).
5.2.1 Mekanisme cara penyembuhan pertama: Objek tidak bernyawa
Berikutan adalah beberapa contoh jenis-jenis objek tidak bernyawa dan Prinsip Mutlak Kosmik yang memberi kesan melalui penyembuhan.
Objek yang digunakan untuk penyembuhan | % Chaitanya Kesedaran Ketuhanan | Elemen Mutlak Kosmik yang berfungsi |
---|---|---|
Simbol agama | 2% | Bumi |
Abu Suci | 2% | Api |
Chameli (Melati) kayu | 2% | Udara |
Air suci (air + Abu suci) | 2% | Air + Api |
Kemenyan kayu or wangian | 2% | Bumi |
Warna | 2% | Berbeza dengan warna |
Air kencing lembu (gomutra) | 3% | Air |
Sakramen suci diberi oleh Orang Suci (Saint) | 4% | Air |
Tulisan Orang Suci (Saint) melebihi 90% | 5% | Api |
Chaitanya ialah perkataan Sanskrit yang bermaksud kesedaran Ketuhanan. Ia adalah kuasa Maha Mengetahui dan Maha Kuasa prinsip Tuhan. Kesedaran ketuhanan lebih halus dan berkuasa daripada kompoenen halus asas Sattva. Maka apabila kesedaran ketuhanan diperkenalkan sāttviktā meningkat.
Nota: Dalam skala 1 hingga 100 Kesedaran Ketuhanan dalam mana-mana objek tidak bernyawa adalah 0 manakala Kesedaran Ketuhanan maksimum dalam objek tidak bernyawa adalah 6 yang merupakan tempat persemadian Orang Suci/Saint. Rujuk kepada artikel siapa yang boleh dianggap sebagai Orang Suci/Saint.
Di sini, sekali lagi kita mengikuti prinsip asas penyembuhan rohani di mana dengan meningkatkan sattvikta di kawasan yang terjejas, kita mengurangkan keupayaan hantu yang mempengaruhi seseorang. Peningkatan sattvikta kemudian berfungsi melalui mana-mana satu atau kombinasi Prinsip-prinsip Mutlak Kosmik yang membawa proses penyembuhan.
Cara membaca jadual di atas: Sebagai contoh jika seseorang menggunakan Air suci pada tangan yang terjejas dengan ekzema yang disebabkan oleh hantu, penyembuhan yang berlaku melalui peningkatan Kesedaran Ketuhanan pada kawasan itu ialah 2%. Akhirnya penyembuhan berlaku melalui Prinsip Mutlak Kosmik Air (Āpa) dan Api (Tēj).
Dalam bahagian penyembuhan, kita telah menjelaskan secara terperinci bagaimana menggunakan setiap bahan penyembuhan rohani dan bila hendak menggunakannya.
5.2.2 Mekanisme cara penyembuhan kedua: Melalui manusia
A. Kepentingan tahap rohani penyembuh yang merawat orang lain
Tahap rohani penyembuh-penyembuh adalah aspek yang penting yang menentukan:
- Bagaimana mereka mampu merawat/menyembuh orang lain
- Apakah kaedah yang digunakan dan
- Jenis tenaga semesta yang mereka mempunyai akses
B. Akses kepada tenaga untuk menyembuh: Pembubaran pelbagai badan dan hasil kawalan badan lebih rendah (wayar)
Kita terdiri daripada tubuh fizikal (lima deria), tubuh vital (prāṇa-dēha), tubuh mental (manodēha) atau minda, intelek atau tubuh kausal (kāraṇdēha), ego halus atau tubuh suprakausal (mahākāraṇdēha). Minda adalah tempat emosi dan pemikiran manakala intelek adalah tempat pertimbangan atau sebab dan akibat yang berhubung dengan peristiwa. Setiap tubuh ini secara berturutan semakin halus (tidak nyata) daripada yang lain. Maka tenaga Minda lebih halus dan oleh itu lebih berkuasa daripada tenaga badan vital.
Rujuk kepada “Apakah kita terdiri daripada?“
Apabila kita berkembang secara rohani melalui amalan rohani, kita mula membubarkan lima deria, minda dan intelek. Dengan ini, kita maksudkan bahawa kita mula meluruskan usaha dan pemikiran ke arah merealisasikan atau bergabung dengan Tuhan. Dalam proses ini kita melangkaui minda individu kita dan intelek dan seterusnya mendapat posisi yang dapat akses Minda dan Intelek Semesta. Dalam rajah di bawah, kita dapat menunjukkan pandangan keratan rentas rohani bagaimana jiwa (ātmā) atau Tuhan di dalam kita mula bersinar dengan amalan rohani yang sewajarnya dan kita mencapai lebih dan lebih kualiti ketuhanan seperti cinta tanpa jangkaan orang lain (prīti), merendah diri, kurang ego dsb.
Dari prespektif penyembuh rohani sesuatu yang lebih penting mula berlaku kerana tubuh kita mula bubar. Pada tahap rohani 50% minda mula bubar. Ini adalah tanda yang penting kerana pada masa ini seseorang mendapat akses ke tenaga minda sāttvik. Jenis tenaga minda ini adalah bersifat rohani dan tidak sama dengan tenaga minda orang biasa. Dengan minda sattvik ini, seseorang mula berupaya mengawal badan yang lebih rendah seperti badan vital dan tenaga yang berkaitan iaitu tenaga vital (Prāṇa-shakti). Pada tahap rohani 50%, minda mula bubar secukupnya, iaitu seseorang berupaya dan berjaya menerokai Tenaga Semesta kehendak (Ichhā-shakti) atau keinginan sehingga takat 20%. Ini menambahkan tenaga sattvik minda dan boleh digunakan untuk penyembuhan rohani tanpa kekurangan rizab sendiri. Walau bagaimanapun keupayaan menyembuh pada tahap rohani adalah terhad.
Rujuk ke bahagian bagaimana tenaga boleh berkurangan jika tidak digunakan dengan cara rohani yang sesuai untuk sembuh.
Selepas minda seseorang bubar sepenuhnya pada tahap rohani 70%, intelek mula bubar. Semasa intelek dibubarkan, seseorang mula mendapat akses kepada tenaga intelek dan berupaya mengawal tenaga minda. Pada tahap 80% tahap rohani seseorang berupaya menerokai kombinasi Tenaga Semesta kehendak pada had 40%. Ini seterusnya meningkat keupayaan menyembuh masalah yang mempunyai punca rohani. Akhirnya apabila ego-halus mula bubar seseorang dapat mengawal tenaga intelek dan pada tahap 90% mendapat akses 70% ketiga-tiga tenaga semesta.
Pada mulanya, sebarang keupayaan penyembuhan berlaku disebabkan mengakses rupa yang wujud/nyata (saguṇ) tenaga Tuhan. Minda, intelek dan ego terus dibubarkan, seseorang dapat mengakses lebih kepada tenaga Tuhan iaitu tidak wujud/nyata (nirguṇ). Pada tahap rohani 90%, tenaga tidak nyata mengambil keupayaan untuk sembuh ke tahap yang tidak terhad.
C. Jenis penyembuhan (suis)
Dalam rajah di atas, kita telah memberi contoh-contoh pelbagai teknik penyembuhan yang sering digunakan oleh penyembuh.
- Pengucapan dan pengulangan untuk orang lain boleh dilakukan apabila seseorang berada pada tahap rohani minimum 37% dan ini adalah cara yang paling mudah untuk membantu orang lain. Alasan mengapa jenis penyembuhan ini boleh dilakukan sebelum minda mula dibubarkan adalah kerana pengucapan dan pengulangan adalah suatu cara doa yang hebat di mana seseorang mengulang dan merenungi Nama Tuhan tertentu. Hasilnya terdapat peningkatan sementara tahap rohani yang memulakan kapasiti mengakses tenaga minda sattvik.
- Apabila kita berdoa, kita mengakui kekurangan keupayaan kita menyelesaikan masalah. Kita menyerahkan masalah dan juga membantu mengurangkan ego kita, menyebabkan kenaikan sementara tahap rohani kita. Hasilnya, kita akan dapat mengakses tenaga minda yang menghantar tenaga di sebalik doa kita untuk orang lain. Maka doa kita untuk menyembuh orang lain berlaku.
- Teknik-teknik penyembuhan rohani seperti penyembuhan Pranic dan Reiki sebenarnya menggunakan tenaga minda yang diperkukuhkan oleh Tenaga Semesta Kehendak. Jenis penyembuhan hanya boleh dilakukan oleh seseorang pada tahap rohani 50%. Mereka tidak mengakses sebarang tenaga Vital universal. Tenaga vital hanya wujud pada tahap individu dan bukan pada tahap Semesta. Apabila seseorang mempunyai akses kepada tenaga minda seseorang berupaya mengawal tenaga Vital di dalam tubuh vital. Seseorang yang kurang 50% tahap rohani secara teknikal tidak boleh menyembuh menggunakan keadah ini. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai akses yang secukupnya untuk memasuki tenaga-tenaga Alam Semesta dan juga tidak adanya pembubaran minda yang secukupnya untuk menjana tenaga minda sendiri.
Jika seseorang pada tahap rohani 50% melakukan pemyembuhan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk manfaat pesakit dan sebagai amalan rohani, maka akan mendapat akses. Keupayaan penyembuhan pada tahap ini terhad.
Dalam kes seseorang tahap rohani kurang daripada 50% berupaya melakukan penawar yang seolah-olah ajaib melalui penyembuhan Pranic atau Reiki, kemungkinan hantu-hantu yang melakukan penyembuhan melalui mereka. Hantu menggunakan penyembuh ini untuk mempengaruhi masyarakat. Walaupun mungkin terdapat kelegaan sementara atau penawar yang ajaib dari suatu masalah, hantu menggunakan kepercayaan orang yang ada pada orang-orang tersebut terhadap penyembuh untuk menyemaikan tenaga hitam dan menyesatkan manusia. Jika penyembuh tidak mempunyai distres, mereka mungkin berupaya melakukan beberapa penyembuhan walaupun kurang 50% tetapi mereka tidak dapat melawani distres pesakit.
Bagaimana penyembuhan Pranic berfungsi?
Dalam kes penyembuhan Pranic yang tulen:
- 50% sebab penyembuh Pranic boleh menyembuh kerana tahap rohaninya yang menyebabkan kuasa rohani.
- Tenaga utama yang digunakan dalam penyembuhan Pranic adalah tenaga minda individu dan menerokai Tenaga Semesta kehendak.
- Faktor lain adalah keinginan kuat penyembuh Pranic untuk menyembuh. Dalam perbandingan, Orang Suci/Saint pada tahap rohani 100% berfungsi hanya mengikut kehendak Tuhan dan tidak mempunyai keinginan sendiri. Oleh sebab itu keinginan kuat mereka untuk membantu orang lain, penyembuh juga mendapat merit.
- Krstal yang digunakan oleh penyembuh Pranic hanya menggunakan 0.001% keseluruhan proses oenyembuhan.
- Jika penyembuh Pranic menggunakan keadah penyembuhan mereka tidak sepatutnya (iaitu untuk kemasyhuran atau wang) dalam tempoh 20 tahun tenaga minda mereka berkurangan dan tahap rohani mereka berkurangan.
Rujuk kepada bahagian “Siapa disembuh dan bila menggunakan tenaga penyembuh“ bagi penggunaan yang sesuai untuk tenaga penyembuhan.
- Penyembuhan yang dilakukan oleh Orang Suci/Saint adalah pada tahap Niat Suci dan Keberadaan adalah hanya dilakukan mengikut kehendak Tuhan. Pembubaran pelbagai badan telah berlaku pada tahap yang hebat dalam Orang Suci/Saint, dia berupaya memahami pemikiran Tuhan dan oleh itu bertindak sewajarnya.
Rujuk kepada Mekanisme tindakan Niat Suci sebagai kuasa dalam Semesta dan Hieraki kuasa dalam Semesta
5.3 Apakah peratusan tiga cara penyembuhan berkaitan kepada takdir seseorang?
Bergantung kepada takdir seseorang, seseorang mengalami pelbagai kebahagian dan kesedihan dalam hidup. Seperti yang telah kita nyatakan lebih awal, cara yang pasti untuk mengatasi takdir atau sekurang-kurangnya dilindungi daripada kesakitan yang ia boleh menyebabkan adalah dengan mengamalkan Kerohanian mengikut enam prinsip-prinsip asas amalan rohani.
Carta berikut memberi pecahan keamatan masalah yang dihadapi oleh manusia dalam hidup dan bagaimana tiga cara penyembuhan boleh membantu mengurangkan masalah.
Masalah dalam hidup berbanding dengan cara penyembuhan
Ringan | Sederhana | Teruk | |
---|---|---|---|
% penduduk dunia dipengaruhi dengan masalah yang intensif dalam 2006 | 30% | 60% | 10% |
Dari segi keamatan masalah | 10% | 40% | 70%1 |
Penyembuhan melalui objek tidak bernyawa | 30% | 10% | 0% |
Penyembuhan melalui manusia | 50% | 30% | 10% |
Penyembuhan melalui Orang Suci/Saint | 70% | 50% | 30% |
Nota: 1. 100% bermaksud masalah-masalah yang menyebabkan kematian sebelum waktunya
Bagaimana membaca carta:
60% penduduk dunia mengalami jenis masalah yang sederhana. Dalam keamatan masalah sederhana didefinisikan sebagai apabila terdapat 40% distres (100 adalah maksimum yang menyebabkan kematian sebelum waktunya). Masalah-masalah sederhana adalah masalah kewangan yang utama, ketidakupayaan untuk mempunyai anak, masalah perkahwinan dan lain-lain. Masalah-masalah ini boleh disebabkan hanya takdir atau lelehur yang mengganggu kita. Jika seseorang mempunyai kes ekzema yang teruk disebabkan oleh lelehur dan ia adalah masalah sederhana, maka hanya 10% kes-kes boleh disembuh dengan dilakukan melalui objek tidak bernyawa.
5.4 Apakah pemangkin untuk mengalirkan tenaga rohani?
Faktor penentu utama sama ada seseorang mempunyai keupayaan untuk menyembuh berdasarkan jumlah amalan rohani yang mereka telah lakukan dan berkaitan dengan tahap rohani. Amalan rohani ini adalah pada jangka hayat ini atau dari jangka hayat sebelumnya.
Keinginan penyembuh untuk menyembuh adalah faktor sekunder yang membantu mengasahkan penyembuh rohani keupayaan untuk menyembuh.
6. Siapa yang patut kita sembuh dan bila sepatutnya kita sembuh?
Pada awal lagi kita perlu memahami dua prinsip penting:
- Jenis terbaik penyembuhan rohani adalah apabila seseorang melakukan amalan rohani untuk diri sendiri. Dengan cara ini, seseorang membina rizab tenaga rohani supaya dia kurang terdedah kepada serangan daripada dimensi rohani. Dengan melakukan amalan rohani yang kerap juga adalah jauh lebih mampan sebagai langkah perlindungan berbanding sembuh cara rohani menggunakan beberapa penyembuhan rohani. Sebanyak yang mungkin, penyembuh rohani perlu menggalakkan orang ramai untuk mula dan membiasakan amalan rohani mereka, walaupun mereka terus datang untuk penyembuhan. Amalan rohani melengkapkan usaha penyembuh dalam menghasupkan masalah.
- Dalam artikel kita tentang tujuan hidup kita menyatakan bahawa pertumbuhan rohani untuk merealisasikan Tuhan adalah tujuan utama kita. Oleh itu kesemua tindakan kita, penyembuhan rohani atau sebaliknya sejajar untuk membantu diri kita dan orang lain untuk berkembang secara rohani supaya kita manfaat sepenuhnya.
Seperti yang diberikan di atas, masa dan tenaga penyembuh rohani adalah terbaik digunakan untuk membantu orang lain untuk mengatasi sebarang halangan rohani yang menghalang mereka daripada mengamalkan kerohanian. Dengan cara ini, mereka membantu orang lain berkembang secara rohani. Dari perspektif kerohanian sahaja, adalah terbaik seseorang tidak menggunakan tenaga penyembuh rohani ke atas orang lain yang tidak mempunyai keinginan untuk memulakan amalan rohani. Oleh sebab itu melainkan seseorang melakukan amalan rohani untuk menambahkan penyembuhan rohani, ia membawa kelegaan sementara sahaja sebab entiti yang dipengaruhi menyebabkan kemudaratan bahagian kehidupan yang lain atau seseorang boleh dipengaruhi berulang kali oleh entiti lain. Penyembuh rohani mempunyai akses kepada tenaga Semesta yang sejajar dengan tahap rohani mereka. Bersama-sama dengan ini adanya tanggungjawab untuk membantu orang ramai berkembang secara rohani yang sejajar dengan tujuan kehidupan kita, Jika ini bukan kesnya penyembuh mula bergenang dan sentiasa merosot dalam tahap rohani dan berpotensi untuk digunakan oleh hantu.
Maka adalah dinasihatkan tidak dibawa-bawa oleh emosi untuk membantu orang lain hanya untuk menyembuh. Jika ia adalah takdir seeorang untuk melalui kesusahan tertentu maka apa yang kita lakukan adalah mengurangkannya buat sementara waktu. Walau apa pun seseorang masih perlu melalui kouta penderitaan yang diperlukan. Sebaliknya, ia adalah betul secara kerohanian jika niat kita adalah menyembuh seseorang supaya dia mendapat kepercayaan bahawa dimensi rohani wujud dan ini seterusnya memberi inspirasi untuknya memulakan amalan rohani.
Dalam salah satu kuliah penyembuhan Pranic salah seorang ahli kami yang menghadirnya memberi satu contoh bagaimana seorang mendapat lebihan perjalanan dari traknya melalui penyembuhan Pranic pada tangki petrol. Untuk membawa keinginan duniawi contohnya perjalanan lebihan adalah contoh yang tidak sepatutnya digunakan dengan remedi penyembuhan rohani.
Carta aliran seterusnya menunjukkan pilihan yang ada untuk seseorang mula mendapat akses yang lebih dan lebih tenaga rohani.
6.1 Bilakan seorang patut membantu orang lain melalui aplikasi remedi rohani?
Sebagai pencari Tuhan melakukan amalan rohani kadang-kadang mereka diserang oleh hantu lebih tinggi untuk menghalang amalan rohani. Di sini tenaga rohani mereka mungkin tidak cukup untuk menentangnya. Maka ia menjadi penting untuk menambah tenaga rohani pencari-pencari dengan remedi penyembuhan rohani dalam keadaan berikut.
- Apabila gangguan amat teruk dan campur tangan segera diperlukan.
- Apabila mereka terlalu lemah secara mental atau rohani untuk berupaya menyembuh diri sendiri.
- Apabila seorang secara fizikal tidak berupaya melakukan remedi seperti apabila dia tidak sedar diri dan sebagainya.
- Apabila seorang tidak mahir dalam sesuatu remedi.
7. Kesimpulan
Penyembuhan rohani diamalkan oleh ramai orang di dunia ini. Hanya dengan memahami prinsip-prinsip dan prespektif rohani ’siapa’ dan ’bila’ untuk menyembuh kita boleh pasti sejajar dengan tujuan hidup. Hadiah terbaik penyembuhan rohani yang boleh diberikan kepada orang lain adalah membantu mereka memulakan amalan rohani supaya mereka boleh membantu diri sendiri. Ini seupama memberi seorang rod pemancing dan menjadikannya bebas berbanding dengan memanjakannya dan memberinya ikan.