MAL-Benefits-of-chanting-landing

1. Faedah-faedah pengucapan dan pengulangan mengikut sains kerohanian

1.1 Pengucapan dan pengulangan sebagai terapi rohani

Pengucapan dan pengulangan yang khusus berkaitan dengan organ badan yang khusus. Pengucapan dan pengulangan mampu mengubati kerosakan organ jika puncanya berasaskan punca rohani. Frekuensi-frekuensi tertentu dijana sebagai hasil pengucapan dan pengulangan yang membantu memperbaiki frekuensi-frekuensi yang tidak normal, luar biasa dan yang tidak seimbang yang terhasil daripada organ yang berpenyakit. Untuk keterangan yang lanjut lihat bahagian mengenai pengucapan dan pengulangan untuk kesihatan.

1.2 Takdir diatasi melalui pengucapan dan pengulangan

Keterukan takdir berkurangan dan dapat ditahan jika kita terus mengucap dan mengulang Nama Tuhan pada setiap masa. Kita juga boleh mengatasi akaun terkumpul takdir sendiri.

Demi mengurangkan kesan takdir ke atas kita dan mencapai kemajuan rohani dengan cepat, pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan mengikut agama kelahiran kita disyorkan.

1.3 Masalah-masalah leluhur diatasi melalui pengucapan dan pengulangan

Kini, ramai orang tidak melakukan ritual untuk leluhur yang meninggal dunia, mereka mengalami distres daripada tubuh-halus leluhur mereka yang tidak puas. Tidak dapat berkahwin, kekurangan keserasian di antara suami dan isteri, tidak berupaya mengandung, pengguguran anak, ketakupayaan belajar dsb adalah beberapa simpton distres leluhur.

Dalam usaha mendapat perlindungan daripada masalah-masalah disebabkan oleh leluhur yang meninggal dunia kita mengesyorkan mengucap dan mengulang pengucapan dan pengulangan perlindungan Shrī Gurudev Datta. Keterangan yang lebih lanjut boleh didapati dalam artikel Apakah boleh saya lakukan untuk melindungi diri saya daripada masalah-masalah leluhur?

Baca kajian kes Cyriaque mengenai mengatasi ketagihan merokok dan arak selepas dia bermula mengucap dan mengulang ‘Shri Gurudev Datta’.

1.4 Pengucapan dan pengulangan membersihan premis

Oleh sebab tenaga yang dijana melalui pengucapan dan pengulangan, tempat tinggal kita (vāstu)  dapat disucikan. Jika kita merasai frekuensi-frekuensi distres dalam vastu maka kita perlu berunding dengan seorang dengan pengaktifan deria keenam atau persepsi-halus. Mereka boleh menasihatkan kita Nama untuk diucap dan diulang untuk tujuan tersebut. Jika ini tidak boleh dilakukan, maka kita patut mengucap dan mengulang Nama Tuhan mengikut agama kelahiran kita selama 20-60 minit, bergantung kepada intensiti distres.

1.5  Pengucapan dan pengulangan yang menghapuskan distres

Oleh sebab tenaga-tenaga negatif kita akan sering mengalami masalah-masalah fizikal dan mental atau beberapa halangan dalam hidup kita. Malah secara luaran kita mungkin berasa bahawa sebab-sebab masalah ini adalah fizikal, psikologi atau duniawi, masalah sebenarnya adalah gangguan tenaga-tenaga negatif. Apabila distres seperti ini dirasai, tidak kira apa rawatan yang kita dapat dalam bentuk kasar (alam fisik), distres tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Ini adalah serupa dengan penyakit malaria, yang tidak dapat dirawat dengan ubat demam; ia mesti dirawat dengan ubat-ubatan anti malaria yang mempunyai potensi untuk membunuh kuman malaria. Tenaga negatif membawa halangan dalam amalan rohani pencari-pencaari, maka pencari-pencari gagal mendapatkan hasil daripada amalan rohani mereka. Apabila kita mengucap dan mengulang Nama Tuhan, Prinsip Ketuhanan yang tertentu akan tertarik ke arah kita dan memberi perlindungan daripada tenaga negatif,

Pada masa kini, sehingga 2025, Prinsip Tuhan Krushna adalah aktif dalam perkadaran yang tinggi di dunia, maka seseorang boleh mengucap dan mengulang Om Namo Bhagavate Vāsudevāya setiap hari selama 2 jam.

1.6 Kesusahan boleh dielakkan dengan pengucapan dan pengulangan

  1. Punca kesusahan adalah pengikatan kita ke atas pelbagai objek. Melalui pengucapan dan pengulangan kita membangkitkan rasa sayang kepada Tuhan dan kecintaan ke atas objek-objek material berkurangan, kesedihan hilang dan kita mengalami lebih Kebahagiaan Kekal (Ānand).
  2. Kita pasti dapat mengalami kebahagiaan melalui pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan, kerana Tuhan adalah selamanya bahagia.

1.7 Memperolehi kuasa luar biasa (siddhis) melalui pengucapan dan pengulangan

Siddhis  adalah kuasa luar biasa yang diperolehi melalui amalan rohani. Amalan pengucapan dan pengulangan yang khusus membolehkan kita memperolehi kawalan ke atas Prinsip Ketuhanan yang tertentu dan beberapa kuasa luar biasa yang sewajarnya. Sebagai contoh pengucapan dan pengulangan Nama Dewa Matahari memberi kawalan ke atas Prinsip Api Mutlak (Tējtattva) dan kemudiannya kita tidak terjejas oleh kepanasan. Siddhis  adalah hasil sampingan dan tidak bertujuan amalan rohani.

1.8 Faedah-faedah walaupun selepas kematian

Dengan pengucapan dan pengulangan berterusan pusat ibadat dicipta di dalam minda separa sedar. Pada masa kematian, ia mengiringi tubuh-halus (dimensi rohani). Oleh itu, pengucapan dan pengulangan boleh berterusan walaupun selepas kematian. Ini melindungi kita di akhirat dan membantu kita mendapat momentum dalam alam-halus yang wujud.

2. Faedah-faedah pengucapan dan pengulangan yang berhubung dengan amalan rohani

2.1 Peringatan dan meditasi yang berlaku semasa pengucapan dan pengulangan

Kita mengingati Tuhan dalam minda kita dan maka kita mengucap dan mengulang. Apabila pengucapan dan pengulangan, peringatan Tuhan (meditasi) berlaku secara semula jadi.

2.2 Melalui pengucapan dan pengulangan kita membangunkan sikap introvert

Apabila kita membangunkan sikap introvert daripada ekstrovert, ini bererti kita semakin maju dalam kerohanian. Kecenderungan terhadap dunia materialistik berkurang dengan banyaknya dan kita mula menyelidiki dalam diri kita sendiri. Ini membantu kita membangunkan sikap introvert, yang berguna dalam amalan rohani.

2.3 Pengucapan dan pengulangan adalah amalan rohani yang sempurna

Amalan rohani yang lengkap adalah sesuai dengan fungsi badan dan minda. Pengucapan dan pengulangan adalah suatu amalan rohani yang  sempurna.  Ia boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu ia adalah cara yang terbaik demi menjana perhubungan (sahajāvasthā) dengan Tuhan secara semulajadi. Keadaan ini berlaku dalam individu iaitu pengucapan dan pengulangan berlaku secara mendalam dalam minda separa sedar, di mana mereka mencapai hubungan berterusan kapda Prinsip Tuhan.

2.4 Pembangunan kepercayaan dan emosi rohani melalui pengucapan dan pengulangan

Pengucapan dan pengulangan yang berulang kali Nama Tuhan yang bersandarkan dengan kepercayan Nama, memberi kita pengalaman rohani. Pengalaman rohani seseorang didapati daripada pengucapan dan pengulangan menjana dan memperkukuhkan ibadat dan kepercayaan. Apabila kita menjana kepercayaan bahawa Nama Tuhan akan memberikan segala-galanya, maka kita mula mengucap dan mengulang dengan keinginan yang hebat untuk Nya dan emosi rohani (bhāv) berkembang lebih cepat. Ada pepatah bahawa ‘Tuhan wujud dimana-mana wujudnya emosi rohani’, maka dalam Kerohanian, membangunkan emosi rohani adalah paling penting.

Kepercayaan pada Tuhan diperkukuhkan:  Sering selepas balik ke rumah selepas kerja, saya perlu berjalan kaki selama 10 minit dari perhentian bas ke rumah. Apabila saya mempunyai kerja yang habis pada waktu petang, saya perlu berjalan kaki seorang diri dalam gelap di sepanjang laluan terpencil. Saya akan berasa takut untuk berjalan seorang diri dan saya akan berjalan dengan cepat takut akan adanya seseorang menyerang saya atau mengikuti saya. Selepas saya belajar mengenai pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan, saya akan mengucap dan mengulang pada masa ini dan memanggil Tuhan untuk perlindungan dan selamat sampai ke rumah.  Saya tidak berasa takut dan merasai bagaikan Tuhan sendiri berjalan dengan saya. Dengan ini kebimbangan saya berkurangan dengan banyak dan kepercayaan kepada Tuhan diperkukuhkan.  –  Ms. Christie Leung, Vancouver, Canada

2.5 Pengucapan dan pengulangan tanpa harapan membubarkan merit

Apabila kita mengucap dan mengulang tanpa harapan keinginan duniawi, emosi rohani membangun dalam kita dan disebabkan sayang kepada Nama Tuhan kita mencapai Tuhan juga. Disebabkan Kebahagiaan kekal yang besar dialami apabila mencapai realisasi-Tuhan, kesemua merit dibubarkan, pada tahap di mana merit yang menghalang kita mencapai Pembebasan Akhir (Moksha). Jenis ibadat yang kita alami pada tahap ini memanfaatkan kita dan orang-orang sekeliling kita.

2.6 Pengucapan dan pengulangan menghapuskan dosa

Pengucapan dan pengulangan adalah satu alat yang mudah untuk membakar dosa-dosa daripada beberapa kelahiran.– Saint Tukaram Maharaj

Nama Tuhan mempunyai kekuatan yang teramat untuk membawa dosa-dosa ke infiniti. Sering dikatakan bahawa manusia tidak boleh melakukan dosa yang tidak boleh dibatalkan oleh Tuhan.

H.H. Kane Maharaj daripada Narayangaon, Maharashtra, India telah menghuraikan keupayaan menghapuskan dosa melalui pengucapan dan pengulangan seperti berikut: “Dosa yang dilakukan sebelum tempoh masa dari mana kita mula pengucapan dan pengulangan dibatalkan. Jika dosa dilakukan selepas kita mula mengucap dan mengulang, maka dosa akan kekal sehingga kita mengucap dan mengulang Nama lagi. Jika kita gagal mengucap dan mengulang lagi, maka kita akan menjalani akibat dosa yang dilakukan.“

Pengucapan dan pengulangan meneutralkan dosa yang dilakukan tanpa disedari. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan apabila dosa dilakukan secara sengaja.

Pengucapan dan pengulangan adalah lebih tinggi daripada penebusan dalam membatalkan dosa, kerana dengan penebusan dosa dapat dibatalkan tetapi sikap melakukan dosa berterusan. Apabila kita membangunkan motivasi yang intensif untuk Pembebasan Akhir, maka keinginan untuk melakukan dosa dihentikan dan dosa dibatalkan.

2.7 Pengucapan dan pengulangan mengubah tindakan menjadi bukan tindakan

Dalam mana-mana transaksi walaupun usaha-usaha yang teliti untuk meminimumkan ’akaun memberi-dan-menerima’, ia menjadi hampir mustahil dilakukan secara pertukaran tepat. Dalam pendek kata, akaun memberi-dan-menerima sentiasa berterusan. Bagi mengelakkannya ia adalah mustahak bahawa tanpa tindakan mengambil tempat.

Sebarang tindakan yang dijalankan sambil pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan menjadi tanpa tindakan (akarma-karma). Seorang tidak menerima merit atau dosa daripadanya. Oleh yang demikian seorang menamatkan pengalaman takdir seseorang dan bebas daripada kitaran kelahiran dan kematian disegerakan.

2.8 Pengucapan dan pengulangan menyucikan minda separa sedar, menjadikannya baik untuk menerima pengetahuan rohani

Sama seperti seorang tidak dapat meraihikan hasil tuaian tanpa membajak tanahnya untuk menjadikannya subur, begitu juga, pengetahuan tidak boleh menerapi tubuh-halus sehingga ia disucikan.

2.9 Kemajuan rohani dipercepatkan melalui pengucapan dan pengulangan

Ramai orang tidak berkembang dalam amalan rohani selepas menerima pengalaman rohani seperti melihat pelbagai warna, melihat cahaya atau mendengar pelbagai bunyi. Mereka mungkin dikeliru oleh tenaga negatif kerana mereka mempunyai perlindungan yang kurang daripada Tuhan. Pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan memintas semua pengalaman itu dan membawa kita terus kepada Tuhan.

2.10 Pembuburan ego

Sama seperti minyak sapi (ghee) cair apabila diletakkan berdekatan api, ego juga akan cair melalui ’api’ pengucapan dan pengulangan.

Apabila seseorang mengambil kita sebagai anak angkat, mereka akan menukarkan nama lama dan menggantinya dengan yang baru supaya mewarisi harta ibu bapa angkat.  Begitu juga, untuk memperolehi kurnia Tuhan kita perlu mengorbankan ego kita, melupakan nama kita dan mengganti dengan Nya (iaitu mengucap dan mengulang Nama Nya). Oleh itu, kita perlu asyik mengucap dan mengulang Nama Tuhan supaya kita menjadi tidak sedar akan diri dan akhirnya bersatu dengan Nama Nya. – H.H. Bhaktaraj Maharaj

2.11 Kurnia Guru dicapai melalui pengucapan dan pengulangan

Ia adalah bertuah untuk dinasihati oleh Guru sendiri bagi Nama yang perlu diucap dan diulang walaupun jika kita tidak mempunyai Guru, kita perlu terus mengucap dan mengulang. Ini disebabkan melalui pengucapan dan pengulangan sendiri, kita akan menjumpai Guru.

2.12 Kita boleh bersatu dengan Tuhan melalui pengucapan dan pengulangan

Mereka yang mengucap dan mengulang boleh bersatu dengan Nama Tuhan atau dengan Dewa NamaNya yang diucap dan diulang. Apabila kesemua tiga menjadi satu maka keadaan bukan kedualan tercapai.

3. Kesimpulan

Pengucapan dan pengulangan menghilangkan semua halangan rohani dalam kehidupan kita dan menjaga kita selepas kita di akhirat juga.

Pengucapan dan pengulangan adalah satu-satunya amalan rohani yang boleh dilakukan secara berterusan. Sebagai contoh, kita tidak boleh duduk bertapa, menghadiri kelas yoga, menyanyi lagu ibadat dan menjalankan penziarahan tempat ibadat atau suci dsb untuk 24 jam sehari. Tetapi kita boleh mengucap dan mengulang walaupun kita memenuhi semua tanggungjawab duniawi seperti menjaga rumah kita, anak, kerjaya, dsb. Jika kita hendak bersatu dengan Tuhan maka kita perlu melakukan amalan rohani yang berterusan dan tidak terhad. Ini hanya dapat dilakukan melalui pengucapan dan pengulangan.

Pengucapan dan pengulangan menyucikan minda separa sedar dan membakar merit dan dosa kita pada kehidupan ini dan yang lepas, membuatkan kita mencapai pembebasan daripada kitaran kelahiran dan kematian. Ia membubarkan ego dan mengembangkan kepercayaan dan ibadat di dalam kita, yang memanfaatkan semua orang disekeliling kita juga.