Dalam artikel ini kita akan membincangkan definisi rohani ego.
1. Definisi rohani ego
Dari segi rohani, ego bermaksud apabila seseorang itu merasa dirinya berbeza dari orang lain dan juga Tuhan, hal ini kerana seseorang it mengenal pasti dirinya dari segi tubuh fizikal dan juga kesan pada fikiran (impression) di pelbagai pusat pada badan halus. Pendek kata, ego bermaksud membawa hidup kita dari segi fikiran di mana kewujudan kita hanya terhad pada 5 deria, minda, dan juga akal dan mengenal pasti kesemuanya pada pelbagai darjah.
Mengikut sains Kerohanian, kewujudan sebenar kita adalah identifikasi dengan prinsip Jiwa atau Tuhan dalam diri kita dan kita patut hidup hari demi hari dengan kesedaran ini. Sebagai prinsip-Tuhan yang sama dan ada dalam semua, dari perspektif rohani terdapat kesatuan dalam semua Penciptaan.
Walau bagaimanapun, bergantung kepada tahap ego kita, kita mengenal pasti dengan prinsip-Tuhan di dalam diri kita, sebagai contohnya, jiwa untuk pelbagai peringkat. Sekiranya ego kita tinggi, kita mengenal pasti lebih sedikit dengan prinsip Jiwa atau Tuhan yang ada dalam diri kita.
2. Apakah definisi dan maksud ego – perspektif psikologi
Dalam istilah orang awam seseorang boleh menentukan ego sebagai kebanggaan tentang diri sendiri. Pemikiran seperti badan saya, minda saya, akal saya, hidup saya, kekayaan saya, isteri dan anak saya, saya harus memperoleh kebahagiaan, dan lain-lain timbul dari ego sahaja.
Ego, kesedaran tentang diri, kebanggaan, keangkuhan, dan ke“saya”-an adalah perkataan yang berkaitan dengan perkataan ‘ego atau aham‘ tetapi pada bidang psikologi.
3. Lukisan berdasarkan pengetahuan halus terhadap seorang yang mempunyai ego
Berikut adalah lukisan berdasarkan pengetahuan halus seorang yang mempunyai ego. Ia telah dilukis oleh seorang pencari dari SSRF dengan dengan deria keenam yang sangat tinggi, persepsi luar deria (extrasensory perception atau ESP) dan ia membantu kita memahami makna ego dari segi rohani. Lapisan gelap yang dilihat di sekitar Jiwa adalah ego orang itu. Oleh kerana ego orang ini tinggi dia tidak mengenal pasti dirinya dengan Jiwa. Oleh sebab ego, satu lapisan tenaga hitam telah kumpul di sekelilingnya. Juga apabila ego seseorang itu tinggi, maka aliran rahmat ilahi dari Tuhan disekat.
Kesimpulannya, kesan daripada lapisan tenaga hitam ditambah pula dengan kesekatan pada laluan kepada rahmat ilahi, kehidupan seseorang itu diimpak dengan kesan yang amat negatif.