1-malay-marija-transformation

1. Pengenalan

Keyakinan yang sepenuhnya pada kewujudan Tuhan telah diterapkan dalam diri saya ketika saya masih sangat muda.

Selepas itu, dalam usaha untuk terus hidup, bapa saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Komunis Yugoslavia (pada masa itu) dan dari saat itu serta seterusnya kami dilarang untuk menyebut Tuhan di dalam rumah kami.

Nenek saya diam-diam mengajar saya bagaimana untuk berdoa dan memberitahu saya cerita tentang Tuhan. Kadang kala, dia akan membawa saya ke sebuah gereja secara rahsia.

Semasa zaman kanak-kanak saya, saya takut untuk tinggal bersendirian di rumah. Saya kerap sakit dan apabila saya telah demam, saya mendapat mimpi dahsyat yang sama dan takut bahawa saya akan mati. Pada masa itu saya suka tidur dengan nenek saya kerana dia akan mengatakan doa kepada Tuhan sebelum tidur. Saya masih ingat bahawa saya tidak mahu untuk tidur sehingga saya mendengar nenek yang menyebut nama saya dalam doa beliau, meminta Tuhan untuk melindungi saya. Hanya selepas itu saya dapat tidur dengan aman. Akibatnya, kesan yang kuat telah dicipta dalam minda saya bahawa Tuhan wujud dan melindungi kita.

Saya masih ingat bahawa di kemudian hari sebagai seorang dewasa, setiap kali saya takut dalam beberapa situasi, saya mempunyai perasaan yang kuat bahawa Tuhan bersama saya.

Selain itu, sekian lama saya mempunyai perasaan bahawa hidup mempunyai tujuan yang lebih tinggi daripada kehidupan hanya sekadar hidup, tetapi saya tidak dapat memahami apakah itu sebenarnya. Saya telah mencarinya melalui banyak buku dan pergi ke ceramah (lectures) yang berbeza tetapi apa yang saya telah mendapat hanya sebahagian kecil daripada apa yang saya benar-benar sedang mencari.

2. Bagaimana saya memulakan amalan kerohanian

Pada 2007,SSRF telah mengadakan ceramah kerohanian di bandar saya. Ia adalah kali pertama saya menghadiri acara seperti itu. Mereka membincangkan tentang Tuhan dengan cara yang saya dapat memahami. Saya telah belajar apa itu canta / mengucap (chanting) Nama Tuhan dan saya mula canta dengan serta-merta. Dalam tempoh masa yang singkat, saya telah menikmati faedah canta (benefits of chanting) dan saya merasakan keinginan untuk canta lebih meningkat. Pada ceramah saya juga mendengar tentang laman web SSRF dan saya melayarinya sebaik sahaja selepas ceramah.

Saya kagum untuk mengetahui bahawa laman web ini terhasil hanya disebabkan oleh rahmat Yang Suci Dr. Athavale, sumber inspirasi SSRF yang bekerja keras tanpa mengenal penat untuk umat manusia dan membimbing semua kajian kerohanian di SSRF.

Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pencari dari seluruh dunia yang terlibat dalam fungsi laman web ini dan mereka yang melakukan ini sebagai sebahagian daripada khidmat (bakti) mereka kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā).

Laman web SSRF memberikan saya jawapan mengenai punca di sebalik pelbagai masalah dalam hidup saya dan memberikan saya penyelesaian yang praktikal mengenai cara untuk mengatasinya.

3. Pengalaman kerohanian dan realisasi mengenai kepentingan amalan kerohanian

Apabila saya memulakan amalan kerohanian pada tahun 2007, saya mendapat pengalaman kerohanian saya yang pertama.

  1. Pada suatu pagi, ketika saya berjalan di jalan dalam perjalanan ke satsang, saya berbau aroma gaharu. Saya menoleh untuk mencari sumber wangian ini tetapi saya tidak dapat mencari apa-apa. Haruman tersebut mengekori saya ketika saya mengembara di dalam bas. Saya bertanya kepada orang di sekeliling saya adakah mereka boleh bau aroma yang bagus, tetapi jawapan mereka adalah tidak. Saya menarik nafas yang mendalam dan berhasrat bahawa wangian ini harus kekal selama-lamanya.

Saya berkongsi pengalaman ini di Satsang itu. Pencari yang berpengalaman dalam ilmu kerohanian (more advance seekers) memberitahu saya bahawa saya mendapat pengalaman kerohanani dan menjelaskan kepada saya bahawa Tuhan memberikan kita pengalaman kerohanian untuk menunjukkan kepada kita bahawa kita berada di landasan yang betul dan untuk meningkatkan keimanan (faith) kita dalam amalan kerohanian.

  1. Pada suatu malam, saya dalam perjalanan pulang dari lawatan seorang diri. Saya perasan bahawa tiba-tiba canta (chanting) menjadi automatik dan mula berlaku tanpa disedari dari dalam diri saya. Saya benar-benar tenang dan santai. Apabila saya tiba di rumah, saya terkejut kerana masa telah berlalu begitu cepat.Saya melihat jam dan menyedari bahawa agak banyak masa telah berlalu semasa perjalanan saya tetapi saya tidak mempunyai apa-apa kesedaran tentang masa itu, sedangkan dahulu semasa dalam perjalanan saya berfikir ‘bilakah akhirnya saya akan sampai ke rumah’.
  1. Sekali apabila saya pergi ke bilik mandi untuk mencuci tangan saya, saya melihat cermin secara mekanikal. Saya telah melihat wajah tersenyum Yang Suci Dr. Athavale. Saya menutup mata saya dan melihat sekali lagi dan Beliau masih tersenyum.Saya turut tersenyum.

Mulai hari itu dan seterusnya, bila-bila masa saya berlalu berhampiran cermin itu saya akan teringat pengalaman kerohanian tersebut dan tersenyum.

Pengalaman kerohanian mengukuhkan keimanan saya dalam prinsip-prinsip kerohanian dan mendorong saya terus mengamalkannya. SSRF telah membantu saya untuk memahami pengalaman kerohanian yang lebih awal dan untuk membuka pintu bagi yang baru. Dari saat itu, hidup saya telah menukar haluan sepenuhnya ke arah yang benar-benar baru.

4. Mengalami takdir

Saya rasa bahawa peristiwa-peristiwa yang berbeza dalam hidup saya mula berlaku lebih cepat. Ia adalah mustahil untuk mengalami semua peristiwa tersebut tetapi dengan beberapa keajaiban saya dapat menempuh dugaan / menangani keadaan sukar sehinggga ia berakhir. (Nota Editor SSRF: Apabila seorang pencari dengan keinginan yang kuat memulakan amalan kerohanian, Tuhan membantunya untuk mengalami takdir dengan lebih cepat dan lebih mudah.)

Saya tinggal di sebuah keluarga dengan suami dan empat orang anak. Saya mempunyai pekerjaan yang membawa banyak tanggungjawab. Kadang kala saya bekerja 24 jam sehari. Saya tidak tahu entah bagaimana saya mempunyai tenaga untuk itu. Masalah saya dengan suami saya dari awal perkahwinan kami kini menjadi lebih kerap dan teruk. (Nota Editor SSRF: Ini juga berlaku disebabkan oleh takdir)

Oleh kerana stres harian di tempat kerja dan di rumah, penyakit sista koloid (colloid cysts) muncul pada kelenjar tiroid saya. Saya menguruskan untuk bertenang melalui canta dan doa, untuk mengelakkan kerosakan saraf.  Sista pada kelenjar ini tidak hilang dan saya terpaksa berjumpa doktor.  Beliau memberitahu saya bahawa sista ini telah wujud akibat daripada pendedahan kekal kepada stres tetapi keadaan saya masih tidak membimbangkan. Beliau juga memberitahu saya bahawa dengan melaksanakan kawalan diri (self-control) saya boleh mencegah merebaknya penyakit itu dan saya terpaksa mencari beberapa ‘masa untuk diri sendiri’.

Saya menyedari bahawa Tuhan telah pun menjadikan ‘masa’ itu untuk saya. Dari situ, saya mula melakukan amalan kerohanian dengan bersungguh-sungguh di bawah bimbingan SSRF.

Selain canta/mengucap dan doa, saya telah menggunakan remedi air garam sebanyak dua kali sehari – pagi dan petang. Kebimbangan dan ketakutan yang timbul daripada kerja yang meletihkan saya menurun selepas saya menggunakan saranan kendiri (autosuggestions) yang telah disyorkan oleh pencari yang berpengalaman dalam ilmu kerohanian. (Nota Editor SSRF: Pada ketika itu Maria telah memulakan aspek amalan kerohanian Jalan rahmat Guru (Path of Guru’s grace) iaitu Penyucian kelemahan personaliti (Personality defect removal) dan penyucian ego (ego removal).

2-malay-guru-grace-8-aspects

Keadaan di rumah menjadi semakin buruk dan lebih kerap, pertelingkahan dengan suami telah berakhir dengan keganasan fizikal. Dalam situasi tersebut, canta (chanting) saya dan doa kepada Tuhan untuk melindungi saya telah meningkat. Berkali-kali apabila saya menangis untuk bantuan Tuhan – Tuhan melindungi saya. Pengalaman ini meningkatkan lagi keimanan saya kepada Tuhan dan hasrat benar/ keinginan (yearning) saya untuk mencapai Tuhan semakin membesar dan banyak lagi.

Disebabkan situasi yang kerap berubah-ubah dan tidak menentu, saya ditimpa oleh suatu kemalangan jalan raya yang serius. Saya hanya ingat bahawa ketika jatuh di bawah lori saya menangis, “Ya Tuhan, apa yang saya lakukan” dan mendengar Tuhan berkata “Menjerit” dan saya lakukan. Orang-orang sekitar mendengar saya menjerit dan mereka menghentikan trak tersebut. Akhirnya, saya di hospital. Semua orang tertanya-tanya bagaimana saya masih hidup. Saya seorang sahaja yang tahu bahawa ‘keajaiban’ yang menyelamatkan saya adalah Tuhan.

5. Takdir yang teruk (Harsh destiny) berkurangan disebabkan oleh amalan kerohanian

Setelah peristiwa itu, saya membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan saya dan mendapatkan perceraian. Saya pergi ke bandar lain kepada rakan dan pada Jun 2012, saya mula hidup baru. Ia adalah kehidupan yang bertujuan untuk merealisasikan Tuhan. Saya mula menggunakan semua masa lapang saya hanya untuk amalan kerohanian.

Saya menyertai pasukan pencari Tuhan yang berkhimat (bakti) untuk laman web SSRF sebagai sebahagian daripada perkhidmatan (bakti) mereka kepada Tuhan. Perkhidmatan (bakti) saya kepada Kebenaran Mutlak melibatkan penyelarasan penterjemahan artikel-artikel untuk laman web SSRF Serbia.

6. Transformasi bermula

Ketika melakukan amalan kerohanian di bawah bimbingan SSRF, saya telah belajar langkah-langkah praktikal yang saya boleh ambil untuk memulakan perubahan asas dalam diri saya sendiri, untuk membolehkan pengalaman kerohanian yang berpanjangan (durable), dan untuk menjadikan kehidupan saya lebih baik (richer) dan dipenuhi dengan tujuan.

Seperti ramai pencari, perjalanan kerohanian yang saya mula di bawah bimbingan SSRF menjadi perjalanan yang paling menarik dan memuaskan, sesuatu yang saya ingin sekali (yearned) untuk seluruh hidup saya.

7. Tinggal di Pusat Penyelidikan Kerohanian SSRF

Pada bulan Julai 2012 saya pergi ke Pusat Penyelidikan SSRF dengan sekumpulan pencari dan saya tinggal di sana selama dua bulan. Pencari dari pusat SSRF menyambut ketibaan kami dengan senyuman penuh kasih sayang. Saya merasakan bahawa ‘saya pulang ke rumah’.

Walaupun saya tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris, saya ketahui kemudiannya bahawa ia tidak begitu penting, sebab bahasa komunikasi di sini adalah bahasa kasih sayang (language of love). Kami bercakap dengan mata yang penuh dengan kasih sayang. (Nota Editor SSRF: Pencari dihubungkan dengan matlamat yang sama untuk merealisasikan Tuhan dalam kehidupan ini kerana banyak kasih sayang rohani tanpa harapan (spiritual love without expectations) dirasai di Pusat Penyelidikan Kerohanian SSRF.)

3-malay-ashram

Kami mempunyai banyak peluang untuk mengenali pelbagai bentuk kasih sayang ini: dalam penjagaan sesama rakan-rakan pencari, kita tidak terlepas / kehilangan apa-apa yang kita perlukan, di mata penuh dengan persefahaman yang sentiasa bersedia untuk membantu dan belajar banyak perkara baru dan berkongsi pengalaman yang telah membantu kami dalam amalan kerohanian kami. Saya berasa segar dan bahagia (blissful) sepanjang masa. Buat pertama kalinya saya merasakan apakah itu suatu “keadaan tanpa berfikir” ‘(thoughtless state)’, Sambil canta/mengucap (chanting), saya mendapati bahawa tumpuan saya adalah lebih baik. Minda saya dapat memasuki keadaan tanpa berfikir lebih cepat. Kemudian saya dapat melihat lebih mudah kesilapan yang saya buat dan kelemahan apakah yang telah menyebabkan kesilapan-kesilapan ini. Dan apa yang saya lakukan ialah berdoa dari lubuk hati. Di setiap masa saya rasa sangat berterima kasih/terhutang budi (immense gratitude) dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berkhidmat (bakti) kepada Tuhan dan segala-galanya yang saya lakukan harus menjadi khidmat (bakti) kepada Kebenaran Mutlak

8. Pertemuan dengan Yang Suci Dr Athavale

Saya kagum apabila melihat Beliau buat pertama kalinya. Semasa Beliau sedang berbicara kepada kami, saya merasakan beberapa hubungan yang aneh bersamaNya dan mempunyai keinginan dalaman (internal desire) untuk menjadi serta bersifat semula jadi seperti Beliau.

meeting-his-holiness-dr-athavale

Saya rasa kesyukuran/terima kasih (gratitude) tersebut sehingga saya menangis setiap hari kerana emosi rohani (bhāv). Semasa menginap di pusat itu, saya berpeluang untuk berjumpa doktor bagi semua masalah kesihatan saya. Ketika melaksanakan pemeriksaan kesihatan saya, doktor mendapati bahawa saya mempunyai tanda ‘Om’ pada lidah saya.

marija-om-sign-on-tongue

Kehadiran simbol Ketuhanan pada badan saya dipenuhi dengan emosi rohani kesyukuran (spiritual emotion of gratitude) malah lebih lagi. (Nota Editor SSRF: perubahan Ketuhanan pada badan itu berlaku disebabkan oleh emosi rohani pencari jalan ini dan rahmat prinsip Guru. Sila baca artikel kami mengenai perubahan Ketuhanan pada badan seseorang yang berkembang dari segi kerohanian (the body of the spiritually evolved) untuk memahami fenomena ini dengan lebih lanjut.)

Saya melawat pusat penyelidikan SSRF dua kali lagi. Setiap lawatan adalah berbeza dan setiap kali saya belajar sesuatu yang baru. Saya belajar untuk mengenal pasti perbezaan di antara fikiran yang datang daripada Tuhan dan pemikiran yang datang daripada tenaga negatif. Selepas langkah-langkah penyembuhan rohani, pemikiran ini telah hilang dengan sangat cepat. Kekuatan dan kekerapan pemikiran ini semakin menurun. Ia menjadi sangat mudah untuk mengenal pasti sumber pemikiran yang berbeza: apa sahaja yang positif datang daripada Tuhan dan apa jua yang negatif datang daripada tenaga negatif.

Saya belajar bahawa ia adalah sangat mudah bagi tenaga negatif untuk menggunakan kelemahan personaliti saya, sifat emosi dan ego saya untuk menyahstabilkan/ menjejaskan kestabilan (destabilize) fikiran saya dan menghalang amalan kerohanian saya. Dengan rahmat Tuhan, melalui proses intensif penyucian kelemahan personaliti dan ego, saya belajar bagaimana untuk mengenali ini dengan cepat dan bagaimana untuk mengaplikasikan langkah-langkah penyembuhan rohani.

Sebagai contoh, pada masa lalu apabila saya membuat kesilapan, saya akan menjadi sangat kecewa dan terus berfikir tentang kesilapan dan akibatnya. Saya akan mempunyai pemikiran negatif mengenai diri saya, mengurung (shut down) dan mengalami depresi (depression). Dengan amalan kerohanian tetap dan langkah-langkah yang dinasihatkan oleh SSRF, pendekatan saya kepada situasi hidup menjadi lebih baik. Kini, ia adalah lebih mudah bagi saya untuk menerima kesilapan saya dan saya membuat lebih banyak usaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dan lebih-lebih lagi, saya tidak mengalami depresi. Saya tidak melindungi fikiran negatif, sebaliknya sekarang saya hanya boleh memerhatikan keadaan itu sebagai orang ketiga dan mencari pengajaran Tuhan di dalam hal tersebut.

Saya perasan bahawa saya sedang berubah melalui proses ini dan daripada orang yang bersifat tegar/degil (closed), kurang sihat, rasa tidak selamat dan berasa tertekan dahulu, saya berubah menjadi lebih terbuka, rasa ingin tahu, gembira dan bersedia untuk membantu orang lain. Saya berdoa kepada Tuhan dengan gigih, meminta kepadaNya untuk menggunakan kualiti (qualities) ini yang telah diterapkan oleh Tuhan dalam diri saya untuk pertumbuhan kerohanian yang seterusnya dan juga untuk kemajuan pencari lain, serta Tuhan telah melakukannya. Saya hanya perlu membuat satu langkah kecil/sedikit usaha ke arah Tuhan, dan Tuhan melakukan yang lain. (Nota Editor SSRF: Pada bulan Mac 2014 Yang Suci Dr. Athavale berkata Maria berada dalam keadaan emosi rohani yang berterusan yakni boleh dilihat di wajahnya.)

Dengan melakukan amalan kerohanian, Tuhan meyakinkan saya bahawa dalam setiap seorang daripada kita terdapat suatu bentuk kebahagiaan yang paling tinggi yang dipanggil Kebahagiaan Abadi (Bliss) dan kita hanya perlu berusaha untuk mencapai keadaan semula jadi Kebahagiaan Abadi, keadaan saya sekarang yang sedang mengalami setiap hari.

Saya amat bersyukur/berterima kasih kepada Tuhan atas rahmat/limpah kurnia ini.

– Cik Maria Vidakov, Serbia, EU

9. Mencapai tahap kerohanian 61%

Pada 30 November, 2014 Maria telah diisytiharkan telah mencapai tahap kerohanian 61% semasa bengkel kerohanian untuk pencari di Serbia. Ia adalah disebabkan oleh rahmat Tuhan dan sifat-sifat beliau seperti rendah hati (humility), kasih sayang rohani (spiritual emotion) untuk orang lain dan emosi rohani (spiritual emotion) yang Maria telah melalui banyak kesukaran dalam hidup dan mencapai pembebasan daripada kitaran kelahiran dan kematian (the cycle of birth and death). Kita berdoa bahawa pencari seluruh dunia belajar daripada usaha beliau dan mencapai kemajuan kerohanian yang cepat seperti Maria.