Dartar kandungan
1. Pengenalan
Berorientasikan kepada Prinsip Kerohanian pada dasarnya bererti mematuhi Prinsip-Prinsip Kerohanian (Prinsip-prinsip Ketuhanan) yang diberikan oleh orang yang telah maju secara kerohanian/spiritual.
2. Tidak lagi terikat pada bentuk fizikal
Dalam ilmu kerohanian, Mahaguru Kerohanian (Guru) / Spiritual Master (Guru) mempunyai kepentingan yang besar dalam memimpin seseorang di jalan menuju Pembebasan dan dalam mencapai Kebahagiaan Abadi / Bliss (Ānand). Ia adalah semula jadi bahawa semasa amalan spiritual/kerohanian di bawah bimbingan seorang Guru, seorang pencari boleh terikat pada / sayang akan bentuk fizikal Guru kerana beliau adalah Guru yang sentiasa membimbing pencarinya menuju Tuhan serta menjaga keperluan rohani dan duniawi mereka. Walau bagaimanapun, jika hubungan / ikatan kepada Guru itu berterusan, ia boleh membawa kepada genangan rohani (keadaan tidak berkembang dari segi kerohanian). Itulah sebabnya mengapa disarankan agar seorang pencari harus berorientasikan kepada Prinsip Kerohanian dan bukan berorientasikan kepada orang. Yang Mulia Dr. Athavale selalu berkata, ‘Jangan kekal terikat kepada bentuk fizikal saya’. Dalam erti kata lain, H.H. Dr. Athavale mengharapkan kita untuk meneruskan misi menyebarkan ilmu kerohanian tanpa terikat pada bentuk fizikalNya. Dengan cara ini Beliau membawa kita dari bentuk berwujud (materialised form) (sagun) ke tidak-berwujud (non-materialised) (nirgun).
3. Kelebihan dalam berorientasikan kepada Prinsip Kerohanian
3.1 Mengelakkan genangan rohani (keadaan tidak berkembang dari segi kerohanian)
Seorang pencari boleh berhenti / tidak berkembang dari segi kerohanian jika dia berorientasikan kepada orang. Hal ini tidak berlaku jika pencari tersebut berorientasikan Prinsip Kerohanian. Orang-orang yang terikat pada tubuh fizikal boleh melakukan tindakan untuk masa yang terhad/terbatas manakala orang-orang yang bertindak di peringkat tidak berwujud (unmanifested level) mampu melakukan tindakan dalam dimensi kerohanian / halus. Untuk memberikan satu analogi, jika hobi seseorang adalah berkebun, maka saiz kebun yang kita menyiram air dan menjaganya akan terbatas oleh keupayaan fizikal kita. Keluasan kebun yang kita mampu menjaga/memelihara adalah sangat kecil apabila dibandingkan dengan hamparan alam semula jadi di Bumi. Seluruh alam flora/tumbuh-tumbuhan dijaga oleh unsur-unsur ─ seperti Matahari dan hujan. Demikian juga, semasa melakukan amalan kerohanian seseorang perlu memberi perhatian untuk tidak membatasi diri sendiri dan terikat pada mana-mana orang atau Guru. Seseorang harus mengikuti bimbingan Guru, tetapi tidak harus terikat kepada Guru. Kita harus merapatkan diri/terikat hanya kepada Tuhan, Yang Kekal. Barulah seseorang boleh mencapai Pembebasan dari kitaran kelahiran dan kematian dan bersatu dengan Tuhan.
3.2 Mencapai keadaan meluas (expansiveness) dengan berorientasikan kepada Prinsip Kerohanian
Seorang pencari mungkin mempunyai perspektif yang terbatas dan terikat pada bentuk fizikal Guru atau Orang Suci (Saint). Dalam kes sedemikian, dia menghalang dirinya daripada pengajaran yang diberikan oleh Prinsip Guru (Teaching Principle of God) melalui orang lain. Jika pencari tersebut merapatkan dirinya kepada Prinsip Kerohanian, maka dia boleh mengembangkan sikap meluas (expansiveness) yakni satu kualiti Tuhan dan memiliki sikap bahawa seluruh alam semesta adalah rumah saya dan seluruh dunia adalah keluarga saya. Disebabkan ini, dia akan mampu menyerap pembelajaran daripada orang lain dan bahkan dari benda-benda bukan hidup.
3.3 Tidak dipengaruhi oleh keterbatasan tempat dan waktu
Seseorang terikat dengan keterbatasan tempat dan masa; oleh itu peraturan asas ‘Ciptaan, Pemeliharaan dan Pembinasaan’ berlaku baginya. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip kerohanian tidak terikat dengan tempat dan masa, jadi ianya melampaui batasan tersebut.
Setiap orang memiliki sifat asas sendiri yang unik. Setiap sifat mempunyai kekurangan dan kecacatan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ‘Prinsip’ tidak-berwujud (non-materialised) tidak memiliki sifat tersendiri, maka ia tidak mempunyai sebarang kecacatan.
4. Kepentingan bergerak dari bentuk berwujud ke prinsip tidak berwujud
Nirgun adalah Tuhan Yang Maha Wujud, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Berkuasa.