Hukum Karma dan Hukum Memberi-dan-Menerima

Tahap kerohanian: Sekiranya kita mempertimbangkan bahawa tahap kerohanian seseorang yang merealisasikan Tuhan ( God-realised ) adalah 100%, maka mod tahap kerohanian orang biasa pada masa kini adalah 20%. Lebih daripada 90% populasi dunia berada pada tahap kerohanian kurang daripada 35%. Tahap kerohanian minimum seseorang diakui sebagai Orang Suci/Saint adalah 70%.

Banyak peristiwa di dalam hidup kita telah ditakdirkan bermula dari kelahiran kita dan keluarga di mana kita lahir. Seseorang dilahirkan di dalam sebuah keluarga di mana keadaannya adalah kondusif untuk menjalani takdir dan di mana seseorang mempunyai akaun memberi-dan-menerima yang signifikan dengan setiap ahli keluarganya.

Berdasarkan kepada hukum karma, setiap niat baik mewujudkan satu “merit” (markah) manakala setiap niat jahat akan mewujudkan satu “demerit” (penolakan markah) atau dosa. Seterusnya seseorang akan meraih/menerima hasil perbuatannya itu. Apabila seseorang melakukan jasa baik kepada seorang lain, ini akan menyebabkan pulangan berupa positif (dalam bentuk sesuatu kebahagiaan), dan ini tidak termasuk ucapan “Terima Kasih” daripada orang itu! Bila sahaja seorang melakukan perbuatan menyakiti, ini akan menyebabkan pulangan dalam bentuk negatif (dalam bentuk sesuatu perasaan dukacita). Ianya tidak dapat dibatalkan sewenang-wenangnya dengan ucapan meminta “Maaf”!

Hukum karma adalah sempurna dan tepat. Ianya seperti hukum gerakan Newton yang ketiga, yang menyatakan, “ Untuk setiap tindakan terdapat reaksi bersamaan dan bertentangan”.

Di sepanjang kehidupan kita; kita samada menyelesaikan ‘hutang’ akaun lama atau mewujudkan yang baru. Jika sesuatu akaun tidak dapat diselesaikan di dalam kelahiran ini, ianya tertunggak sehingga kepada kelahiran berikutnya. Kita tidak sedar sepenuhnya akan akaun memberi-dan-mengambil yang dijana/diwujudkan di dalam kelahiran sebelumnya.

Contoh berikut menerangkan bagaimana akaun diwujudkan dan diselesaikan di dalam destini seseorang. Ianya juga memberi pemahaman bagaimana  amalan kerohanian boleh membatalkan kesan takdir:

Lebih-lebih lagi, status perhubungan dan jantina individu berkenaan mungkin berubah dalam kelahiran berikutnya. Seseorang bapa kini mungkin lahir sebagai seorang anak perempuan individu tersebut di dalam kelahiran berikutnya.

1-MALAY-Give-and-take

Berdasarkan kepada sains Kerohanian, kebanyakan ahli keluarga kita adalah orang-orang yang mempunyai akaun positif atau negatif daripada kelahiran sebelumnya. Tujuannya adalah supaya seseorang berada berhampiran mereka yang mempunyai karma dengannya supaya dapat mengalami samada nikmat atau sengsara.

Di dalam memahami hukum karma, kita dapat melihat bagaimana Kerohanian dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak mempunyai hasrat atau aspirasi kerohanian dan sering pentingkan hal-hal duniawi. Malah hubungan secara duniawi perlu dilindungi daripada destini supaya ianya memberi hasil yang baik.